26 Jan 2013

PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya


Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor berdasarkan sokongan rakyat ketika ini yang memihak kepada gabungan itu berbanding Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan semasa di dalam negara membuktikan rakyat mula menaruh harapan kepada PR untuk terus mentadbir Selangor malah tidak terkecuali mengambilalih pentadibiran negara di Putrajaya.

Menurutnya, kajian beberapa pihak juga jelas memberi gambaran sokongan rakyat lebih kepada PR berbanding Umno-BN.

“Analisa dibuat seorang pegawai tinggi ekonomi Bank Islam yang tidak memihak kepada sesiapa, menyatakan kenyataan bahawa harapan PR menang dan memiliki Putarajaya adalah tinggi.

“Kajian dibuat kumpulan daripada Universiti Malaya (UM) menyatakan harapan untuk PR juga tinggi.

Kajian dibuat oleh Cawangan Khas, polis dan tentera menunjukkan PR boleh menang.

“Daripada kajian dinyatakan bahawa rakyat sudah setuju untuk tukar kerajaan,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Abdul Khalid berkata, PR pada masa ini bersetuju bersama rakyat bagi membuat satu gelombang baru iaitu rakyat menentukan kerajaan yang memerintah.

“Gelombang ini sangat penting iaitu gelombang kedua dari 2008, bukan sahaja kita perlu mengukuhkan kerajaan di Selangor tetapi kita mengubah kerajaan di Putrajaya.

“Rakyat mula percaya kepada kita,” katanya.


MB Selangor: Kajian dapati rakyat lebih percaya Kerajaan Negeri PR


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.

“Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.

“... graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.

“Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umnor Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus.

Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus,” katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.

Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.

“Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN “.... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.

Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.

“Duit (BR1M) boleh ambil, undi jangan, tanggungjawab saudara jangan jual, jangan jual keluarga.

“.... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat,” tegas Abdul Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberi jaminan kepada rakyat bahawa seandainya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, pihaknya akan mengekalkan kedaulatan undang-undang negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Semua pimpinan tertinggi PR telah bersetuju untuk tidak merungkai setiap artikel dalam Perlembagaan Malaysia.

“.... Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Hadir sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Exco Pertanian Selangor merangkap Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
- SH

19 ulasan:

  1. Pi lah jangan dok minpi lah dapat gi putrajaya Negeri Selagor pun tak dapat nak Jaga ni pulak nak uruskan Negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. KESIANMU nikmat yg Allah beri dah tak nampak

      Padam
  2. tunggu!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Mimpi bakal menjadi reality.... Insyaallah...

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah !

    Benar.... bila bila saja PRU13 di adakan, sebahagian besar pengundi matang dan ber pendidikan akan menyokong Pakatan Rakyat, sama ada di Sabah mahupun di Selangor.

    Era pemimpin bahalol lagi benggapo menerajui negara akan pupus.

    Hanya si bahalol dan kawanan nya sahaja yang akan mengundi si bahalol sebagai ketua mereka.

    Tiada siapa bangga di kenali bahalol, namun sesotang yang matang dan ber pendidikan tidak akan membahalolkan diri mereka sendiri mengundi si benggap untuk memimpin mereka. Dan mereka yang bahalol mempunyai gaya hidup dan rupa yang agak serupa si bahalol yang lain.

    Jauh beza nya si Khalid Ibrahim dan Muhyiddinn ini, tengok muka sudah dapat faham tahap kepimpinan mereka.

    Cuba tengok dan lihat lah.

    BalasPadam
  5. Karat btul umn ni.drah pun biru agak nya

    BalasPadam
  6. Putrajaya dan Syabas perlu di ambil oleh Pakatan Rakyat PRU13 nanti, insyaallah

    BalasPadam
  7. rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur. Masalah air ini yang boleh dikira sebagai unprecedented kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.
    Errr...masih wajib ke saya pangkah PR??

    BalasPadam
  8. Ada juga orang yang minda telah di jajah dan sangat sempit. Yang kini dulu dan selama-lamanya hanya Allah Azawajala. Parti-parti politik hanya sementara sahaja sementara rakyat percaya akan kemampuan mentadbir, cekap dan amanah lagi berwibawa. Dalam sejarah dunia tiada parti politik yang kekal. Rakyat akan menentukan siapa yang lebih baik, bijak dan adil mampu untuk membela nasib rakyat dan bukan kroni-kroni.

    BalasPadam
  9. dewi_sue,

    memang WAJIB pangkah PR sebab kesemua masalah yang timbul di Selangor yg kamu nyatakan itu adalah perbuatan sabotaj dan khianat UMNO BN Selangor!

    BalasPadam
  10. err...anon 10:16 PM, awak pastike?.........

    BalasPadam
  11. Kalau kawan dengan Yahudi, perangai pun nak jadi macam Yahudi APCO

    BalasPadam
  12. Semoga allah jahanamkan dan hancur leburkan UMNO, Jika UMNO yang buat sabotaj....

    BalasPadam
  13. khaled ibrahim
    adalah menteri besar
    yang gua mahu lihat
    memerintah selepas pru13.
    yang lain, nik aziz,
    lim guan eng dan azizah razak.
    yang gua tak nak lihat,
    ali rustam, ghani osman,
    ahmad said, adnan yaacob,
    mohd. hassan, zambry kadir,
    taib mahmud dan musa aman.
    mungkinkah impaian gua
    akan terlaksana?

    BalasPadam
  14. menang dengan undi rakyat,
    kerajaan tulin.
    ertinya halal dan direstui rakyat.
    menang dengan undi hantu
    dan pendatang haram.
    ertinya kerajaan haramjadah
    dan ditolak rakyat.

    BalasPadam
  15. kalau diikut logik barisan dah lingkup sejak pru lepas...tapi gabungan mantap dua entiti >> suruhanjaya pilihanraya dan jabatan pendaftaran negara membantu bn memungkinkan bn menang lagi pru13 ni...sebab tu puak bn relekk je..

    BalasPadam
  16. Golongan muda sudah berminat dng PR. Calon p/raya juga perlu dpertimbang kan. Khabarnya PR akan juga mletakkan calon yg sudah expired dan tak berselera kpd gol muda.Calon biarlah mampu mberi servis yg baik pukulan KO.

    BalasPadam
  17. Memang betul,,,,skrg ni kebanyakan golongan muda majoritinya byk menyebelahi PR.....apa tidaknya,,mana mana tempat samada di office,pejabat kerajaan,pejabat swasta....masing masing tak sabar nak tunggu PRu13,nak undi pakatan.....org muda geng kita.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.