Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik, kata penganalisis
Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.
Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.
PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.
“Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.
“Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah,” tambahnya.
Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan “kemenangan nyata” bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus “menggerunkan” yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).
“Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN,” katanya.
Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.
“Apabila perhimpunan besar seperti ini tidak terganggu dan berjalan dengan begitu aman, mengapa ianya tidak menarik satu juta penyokong seperti dijanjikan oleh Pakatan Rakyat?” soalnya.
Menjelang acara tersebut, penganjur perhimpunan menganggarkan kehadiran seramai satu juta orang, walaupun kapasiti tempat duduk di Stadium Merdeka hanya memuatkan 30,000 orang.
Perhimpunan yang memperlihatkan orang berpakaian t-shirt dalam warna berbeza bagi menggambarkan isu diperjuangkan, dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengetengahkan tuntutan mereka sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Jun.
“Jadi, satu kesan dari peristiwa ini adalah kita tidak boleh sentiasa percaya dengan semua yang pihak-pihak ini beritahu kita. Mereka sentiasa menaikan angka.
“Kadang-kadang, mereka hanya perlu menjadi realistik. Anda tidak boleh menjanjikan sesuatu yang di luar jangkauan anda ... anda hanya akan memberikan harapan palsu,” kata Agus.
Akan tetapi dari sisi positif pula, pensyarah itu mengatakan perhimpunan yang berjalan lancar itu, berkemungkinan perhimpunan awam terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, harus ditandakan sebagai satu penanda aras kepada pertumbuhan demokrasi di Malaysia.
Beliau mengatakan suasana karnival perhimpunan dan peserta dari pelbagai bangsa dan latar belakang turun bersama-sama untuk dengan satu tujuan cukup untuk menyebabkan seseorang menitiskan air mata.
“Ia menyebabkan semua orang gembira untuk mendapatkan permit. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia sudah boleh mengekspresikan hak kita secara aman. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai demokrasi,” katanya.
Agus menambah salah satu kesan terbesar dari perhimpunan ini adalah ia membantu pengundi membuat keputusan mereka untuk pilihan raya dengan meletakkan mereka dalam “kedudukan terbaik untuk menilai parti mana adalah yang terbaik”.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa janji pilihan raya dihadapan orang ramai yang kebanyakannya Melayu di Stadium Merdeka.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas perhimpunan, ramai peserta perhimpunan kelihatan bersemangat dan bersungguh-sunguh mahukan berlakunya perubahan terhadap penguasaan di Putrajaya selepas PRU ke 13.
“Ini adalah kemuncak sebelum PRU 13,” kata Md Ishak, seorang Dispatch merujuk kepada pilihan raya.
“Kami marah kepada kronisme. Mereka merompak kita. Kami sangat marah kepada pemimpin sekarang.
” “Saya merasa positif selepas acara ini. Saya selalu marah kepada BN,” kata lelaki berumur 36 tahun itu sambil menambah beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.
Laila Mahmud seorang kerana mengatakan, selepas mendengar isu-isu dibangkitkan semasa perhimpunan, beliau merasakan kerajaan BN harus digulingkan.
“Di bawah kerajaan hari ini, semuanya mereka kawal. Kami tidak boleh menyatakan ketidakpuashatian kami,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Suara rakyat tidak didengari oleh kerajaan hari ini,” tambahnya.
Laila juga menyatakan keyakinannya dengan kemampuan PR untuk menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan persekutuan berkredibiliti.
“Mereka memperjuangkan apa yang rakyat tak boleh dapat. Contohnya harga minyak, barangan, kebebasan untuk memilih kerajaan, pilihan raya adil,” katanya.
Pekerja kilang Shamsuddin Hassan, 37 tahun berkata perhimpunan menunjukkan kebangkitan rakyat.
“Ia menambahkan keyakinan kami untuk menukar kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Saya rasa Pakatan lebih baik. Kita dengar sebentar tadi tentang pelbagai isu, contohnya isu lembu, orang yang bersalah, isu royalti minyak, tambah Shamsuddin merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan seorang menteri meletakan jawatan.
Nasrias Awang seorang suri rumah yang memandu dari Besut, Terangganu untuk menyertai perhimpunan mengatakan BN harus ditendang keluar sebagi kerajaan pusat.
“Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa sesuatu yang baik. Saya yakin perhimpunan akan membangkitkan semangat dikalangan rakyat,” katanya yang berusia 45 tahun itu.
Dgn segala mcm ugutan terhadap kakitangan awam,kenyataan ugutan para menteri di kementerian masing2 melalui serigala peliharaan mereka di panitia kementerian2,kehadiran 700,000 itu adalah suatu kejayaan besar bg kami..
BalasPadamJika bkn kerana status gua yg keje dgn gov,dh lama gua dan rakan2 gua menyertai mana2 himpunan besar sebegini..Kami hanya berdiam diri krn bersabar dgn tekanan dan karenah Birokrasi yg ditanggung oleh kami..
Kami dipaksa hadir utk melunakkan gambaran kehadiran bila menteri turun padang,ttp kami tetap bersama Pakatan Rakyat dlm PRU 13 nanti..
Buat Pak menteri,Lebih 50% kakitangan Kerajaan yg dipaksa turun bila kamu dtg adalah penyokong pakatan Rakyat..maka jgn angkuh..
Rais Yatim jgn syok sendiri..
Kami tidak pernah mengundi kamu dan kami tidak pernah melayan Lolongan biro tatanegara dlm Pasca PRU2 yg lepas..
Sikap kami bkn pd gambaran kehadiran kami dlm majlis2 rasmi,ttp pd kertas undi kami..
Nyata tidak ada dolak-dalik lagi dengan jelas terserlah paparan yang menjawab bahawa Rakyat telah sanggup keluar seramai itu.Biar pun ada media masa yang cuba sogokan berita luar biasa, bagi rakyat Malaysia yang lebih luas menerima info semasa faham benar bahawa penipuan pihak berkuasa dalam sesuatu isu amat ketara.Begitu juga bagi masyarakat antara bangsa memperhatikan ke dua belah pihak apa sebenarnya kejujuran di antara ke dua pihak ini BN dan PR ini bukan gambar yang telah di Edit ia real.Apa lagi jika pihak pemerintah sekarang memburukan situasi yang berkaitan pengambilalihan memerintah bagi negeri-negeri yang dikuasai olih kerajaan pilihan rakyat malaysia seperti empat buah negeri terkini( kelantan,kedah,pulau pinang dan selangor ). Bukan Rakyat menolak kepinpinan DS YAB Najib Tun Razak cuma rakyat inginkan pembaharuan yang berlainan gaya dan corak yang akan mereka rasai untuk ke hadapan yang berlainan terus dari cara BN berkuasa. " bukan kah semua negeri dalam malaysia ini 1 malaysia, cuba bayangkan jika negeri yang rakyat pilih kerajaan PR itu diserang pihak luar( perang misalnya ) apakah kerajaan BN biarkan begitu sahaja sebab itu kerajaan lain dari BN. contoh ini dah ramai yang faham benar cara BN melayan rakyat luar bandar atau bandar jika mereka ini dipihak lain dari BN maka tiada mendapat simpati dari kaki UMNO ditempat itu. Telah banyak diperkatakan olih penduduk setempat. Contoh lebuhraya dalam negeri kelantan, bekalan air paip untuk penduduk selangor dan wilayah selalunya ada sahaja perbezaan pendapat macam mendera rakyat sedangkan Demokrasi telah jujur meletakan hak seseorang individu itu memilih pihak mana dia suka maka baru wujud kumpulan jadi rumpun besar. janganlah kebenaran ini dinapikan. inilah yang ada senkita kata mengata itu ini hingga akan merosak keharmonian rakyat malaysia.andai kata negara ditimpa bencana yang lebih besar ( itu kuasa Allah )adakah kerajaan pusat BN membiarkan rakyat di empat negeri itu mengendali sendiri musibah yang menimpa ke atas mereka dan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN." cukai yang dibayar mereka di hala tuju ke mana ". janji pilihan raya janji andaian jarang yang terbukti terlaksana. walau apa-apa parti pun.Rakyat mengharap kesempurnaan.
BalasPadamusaha telah dilakukan sebaik mungkin.
BalasPadamselebihnya hanya ALLAH TAALA kita berdoa dan berserah agar keadilan dan kemakmuran dibawah pentadbiran ISLAM akan tercapai
Banyak pihak menganggarkan jumlah kehadiran adalah seramai 80,000 - 100,000 orang. Bagaimanapun, pihak yang seharusnya mempunyai kepakaran statistik dan forensik seperti Polis tidak mampu menganggarkan jumlah yang logik. Satu lagi akibat campurtangan Menteri? Polis: Pasukan Orang Lain (taknak kata Laknatlah)Ikut Syaitan yg dikenali...
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamTokwan walaupun dah 67 tahun, tokwan menyertai setiap himpunan Rakyat, sejak 1998... BERSIH, BERSIH 20, BERSIH 30 dan terharu HKR#112.
Ini sedikit pemerhatian tokwan
BERSIH : komposisi kaum pasti Melayu ramai, India kedua dan Cina ketiga banyaknya.
BERSIH 20 agak seimbang bagi Cina dan India walaupun Melayu terus majority
BERSIH 30 Melayu tetap unggul, India berkurang sangat dan Cina bertambah begitu significant sekali.......
HKR#112 peratusan penetrant Cina dan India turun mendadak kenapa ya....
Walaubagaimanapun, tokwan tak bimbing kerana mereka masih bersama kita dan sepekra yang menarik perhatian tokwan ialah peneyrtaan yang berbas-bas dari JOHOR , MELAKA dan NEGERI SEMBILAN..... tak lupa kumpulkan dari Sabah dan Sarawak.
Tetapi apa yang amat menghairankan tahap GABAN, BINGAI dan BEBAL puak- puak belaci BN.... Samada dari pemberita, pembaca berita, pengacara TV/ radio, polis dan menteri TAK TAU MENGIRA..... Berbohong MENGENAI angka.... Jika dilihat komen berita luar negara jauh berbeza.... Anda semua menjadi bahan gelak dan ketawa sahaja.....
Wahai sahabat-sahabat belaci UMNO jadilah insan jujur dan ikhlas. Jangan di biarkan kamu di KELDAI (himar) kan oleh sikap sokong mengkhinzir buta.
Himar binatang yang paling hina dalam AlQuran lebih rendah tahapnya dari Babi dan anjing..........
Doa tokwan semoga sahabat-sahabat diberi petunjuk dan hidayah - in syaa Allah.
Assalamualaikum
BalasPadamTokwan walaupun dah 67 tahun, tokwan menyertai setiap himpunan Rakyat, sejak 1998... BERSIH, BERSIH 20, BERSIH 30 dan terharu HKR#112.
Ini sedikit pemerhatian tokwan
BERSIH : komposisi kaum pasti Melayu ramai, India kedua dan Cina ketiga banyaknya.
BERSIH 20 agak seimbang bagi Cina dan India walaupun Melayu terus majority
BERSIH 30 Melayu tetap unggul, India berkurang sangat dan Cina bertambah begitu significant sekali.......
HKR#112 peratusan penetrant Cina dan India turun mendadak kenapa ya....
Walaubagaimanapun, tokwan tak bimbing kerana mereka masih bersama kita dan sepekra yang menarik perhatian tokwan ialah peneyrtaan yang berbas-bas dari JOHOR , MELAKA dan NEGERI SEMBILAN..... tak lupa kumpulkan dari Sabah dan Sarawak.
Tetapi apa yang amat menghairankan tahap GABAN, BINGAI dan BEBAL puak- puak belaci BN.... Samada dari pemberita, pembaca berita, pengacara TV/ radio, polis dan menteri TAK TAU MENGIRA..... Berbohong MENGENAI angka.... Jika dilihat komen berita luar negara jauh berbeza.... Anda semua menjadi bahan gelak dan ketawa sahaja.....
Wahai sahabat-sahabat belaci UMNO jadilah insan jujur dan ikhlas. Jangan di biarkan kamu di KELDAI (himar) kan oleh sikap sokong mengkhinzir buta.
Himar binatang yang paling hina dalam AlQuran lebih rendah tahapnya dari Babi dan anjing..........
Doa tokwan semoga sahabat-sahabat diberi petunjuk dan hidayah - in syaa Allah.
bila Mat Sabu nak buat perhimpunan lagi menteri UMNO kata tak capai sasaran
BalasPadamTahniah Unit Amal Pas, jaga keselamatan, tiada Polis Rusuhan, tiada rusuhan berlaku, siapa pencetus selama ini?
BalasPadamRakyat bawahan Umno/BN dalam nyawa2 ikan mempertahankan Najib Rosmah, Syarizat NFC,Shaffie Afdal,Rozali Syabas,Jamil Zakat, Mashitah Reka Hukum sendiri, Soi Lek pelakon porno, para kroni & perompak yang sedang mengikis harta negara serta menyusahkan rakyat.
BalasPadam