14 Jan 2013

PASCA HKR112: Peniaga Untung Besar, Makanan SOLD OUT


Tuduhan Umno BN sebelum ini mengatakan para peniaga rugi apabila berlangsungnya perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sama sekali meleset.

Buktinya, pagi-pagi lagi kebanyakan premis restoran dan warung tepi jalan dipenuhi peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk bersarapan sebelum ke Stadium Merdeka.

Malah mereka juga turut menerima pelanggan di kalangan pemimpin.

Ia turut dialami Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari itu ketika mahu bersarapan paginya.

“Roti canai dah habis bila kami sampai di gerai ni (Kelana Jaya). Gerai penuh dari pagi.

Himpunan aman tak buat peniaga rugi,” tulisnya di twitter. -KD


Peniaga untung besar di perkarangan stadium


KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.

Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.

Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.

Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini
-HD

8 ulasan:

  1. Kesenangan & Rezeki itu datangnya dari Allah bukannya dari Bapak(BN) (Filem P.Ramlee).
    Puak munafik susah hati bila rakyat mahu kebenaran & Keadilan dikembalikan.

    BalasPadam
  2. yang kata nak kacau bilau dan rusuhan BN dan media massanya, sedangkan rakyat nak berkumpul secara aman

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..solat subuh di Masjid negara juga penuh..bila lg la rasa nak lihat suasana bgtu...

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah !

    Rakyat sudah matang, namun kepimpinan yang bahalol bangga akan kebenggapannya.

    Pakatan Rakyat akan mengambil kerajaan bila saja PRU13 di adakan.

    Rakyat sudah matang dan konfident akan kepimpinan telus dan cekap yang sedia ada dalam PR.

    Alhamdullillah !!

    BalasPadam
  5. Memang la rugi. Peniaga yang x buka kedai dan yang meniaga sikit@ikut niaga hari biasa yang rugi

    BalasPadam
  6. Allah Taala dah balas cash kpd DATO SEKINCHAN IKAN BAKAR yg kdainya yg byk dah gulong tikar..ni lah akibat FITNAH yg dimainkan olehnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak mcm rugi tapi entah2 dia lagi kaya sapa yg tahu, mana tahu entah2 dia dapat duit grant dari MOA nak kata grant tu untuk buka kedai mkn menu 1 malaysia dan nak dapatkan ap import ikan ke mana tahu, lps tu buat isu kata kena boikot padahal memang saje tutup untuk nampak tak berjaya modal renovate dan sewa kedai tak seberapa pon, kita bangga konon dia tutup kedai walhal dia senyum seronok kita dapat apa.....huhuhu

      Padam
  7. Ini menambahkan sebab i nak berdemo di depan pejabat PAS, PKR dan DAP kerana nak suruh diaorang buat himpunan sekali lagi kerana business menjadi bagus.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.