4 Jan 2013

Najib Beri Projek Pusat Pertahanan (Puspahanas) Kepada Awan Megah & Syarikat Berus Gigi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005.

“Projek itu libatkan mereka bentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan, Kementerian Pertahanan berjanji akan pindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 seluas 96.825 ekar, Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar).

“Ramai lupa, ia adalah tanah yang mahal (prime land) di Shah Alam…di kelilingi kawasan perumahan mahal yang baru naik dan kawasan perindustrian. Tanah seluas 223.3 ekar ini yang asalnya untuk bina kem tentera, kini jadi tanah yang cukup mahal dan diberi kepada Awan Megah,” katanya.

Awan Megah dimiliki Raja Roopiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Menurut Rafizi, maklumat kewangan terakhir Awan Megah yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 dan menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti.

“Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk biaya dan siapkan projek.

“GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya, Unip Berhad. Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah pengilang berus gigi,” dedah Rafizi di ibu pejabat parti.

Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan. -KD

Disebalik perjanjian tanah Raja Ropiaah, Puspahanas masih belum berada ditapak

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan.

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.

Puspahanas yang terbengkalai seakan-akan serupa dengan skandal awal melanda Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila keluarga beliau dituduh menggunakan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk pelaburan peribadi dan bukannya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tiada papan tanda jalan di Putrajaya bagi projek itu, yang syarikat pembangunan beliau Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005 di atas pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan wang sebanyak RM27 juta.

Misteri lain adalah bagaimana BHB boleh membeli tanah Bukit Raja oleh kerana kerajaan telah ditetapkan tanah itu tidak boleh dijual oleh Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas.

Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita Umno Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik.

Pendedahan Deepak sebelum saman sivil, yang didengar pada masa sama dengan perhimpunan agung Umno tahunan lalu, kemudian membawa kepada penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada unit BHB dengan harga RM30 juta.

Astacanggih juga mencadangkan untuk membeli tanah Raja Ropiaah dengan RM130 juta, walaupun perjanjian itu tidak boleh dijamin sebelum ini berikutan sekatan daripada kerajaan, yang masih belum menerima kemudahan Puspahanas.

BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283,28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti.

Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad enggan mengulas semalam mengenai projek itu dengan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai projek yang pertama kali diilhamkan pada tahun 1971 itu.

Pada majlis pecah tanah pada tahun 2008, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, ia juga akan menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.

“Menyedari hakikat ini, kita menubuhkan Puspahanas dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara,” katanya semasa majlis pecah projek tersebut di Presint 1 disini seperti dilaporkan oleh agensi berita negara, Bernama.

Projek itu sepatutnya siap pada tahun 2011 dan juga menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).

Terdahulu pada tahun 2006, timbalan pengerusi kebangsaan DAP pada ketika itu dan ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut di tapak asal Templer Park.

“Janganlah kita dengan mudah memindahkan projek dari berhampiran Taman Templer, Rawang ke Putrajaya. Dengan berbuat demikian bermakna membatalkan perjanjian itu dan implikasi yang dahsyat, “ katanya dalam satu kenyataan pada ketika itu.

Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan. Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan.

Dr Tan berkata bahawa pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya.

Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah.
-TMI

6 ulasan:

  1. Memang perbuatan dan kerja haramjadah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. keadaan semakin terdesak! gunakan apa cara pun (kecuali yg memudaratkn) utk kongsi & sampikn mklumat pd mereka yg ketandusan crita2 skandal mentri2 umno.
      Dgn pelbagai skandal yg dibongkarkan, usah malu utk berhujah dgn fakta! Niatkan amal makruf nahi mungkar! aku telah praktikan...memang berkesan jika kita face to face & one by one to be one Malaysia to reject umno Be End!
      Untuk kali ini lah....

      Padam
  2. Satu lagi hasil projek UMNO Barisan Nasional menpaukan wang rakyat. Ingat undilah parti yang tahu berkerja bukan parti yang tahu pau duit rakyat, tabur fitnah dan busybody hal pemerintahan hal pemerintahan orang lain.

    BalasPadam
  3. Sepandai- pandai tupai melompat akhir jatuh ke tangan pakatan juga. Sebijak - bijak UMNO menyembunyikan kesalahan bijak lagi rakyat yang mendedahkannya. So UMNO kau jangan ingat kita ni adalah rakyat yang bodoh.

    BalasPadam
  4. Inilah Kerja tangan tangan jahat dari kerajaan Setan yg dikenali yg dahulunya dikenali Kerajaan mahafiraun sekarang dikenali Kerajaan syaitan Laknatullah.
    Sesiapa yg sokong kerajaan ini, Dia juga anak syaitan Kepada Bapak Setan yg mengepalai Kerajaan Syaitan yg dikenali ramai oleh puak puak Syaitan.

    BalasPadam
  5. Maklumat sebegini perlu sampai kepada golongan kebanyakan..... marilah kita sama-sama menyebarluas dengan kepelbagaian media agar seluruh pelusuk tahu dan faham !

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.