Batu Pahat – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya. -SHbr>
kisah orang islam buat perkara yang pelik begini sejak dulu memang selalunya menghiasi akhbar. kadang tefikir apakah benar atau sengaja di perbesarkan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu pokok. kejahilan pada agama semakin meluas dewasa ini. orang melayu dan islam akan melakukan apa saja mengikut naluri cetek tidak di pandu hakiki. akhirnya memalukan bangsa sendiri.
BalasPadamnak tumpang beritahu disini. pada pengisi kemeriahan blog gerai 3 abdul yang telah di padam baru baru ini. blogger utamanya kandis sudah muncul dengan blog barunya, http://astanakandis.blogspot.com/
di harap juga greenboc dapat letakkan link untuk blog astanakandis itu kerana saya meminati blog tulisan greenboc dan blog tulisan dari kandis. agar memudahkan saya melayari kedua blog ini.
salam ikhlas dari:
nadia
Bila seks menjadi keutamaan. Inilah jadinya.
BalasPadam>BANkami
paling bahaya tarbiah agama majusi zabur dia kata pompuan blh berpoligami! pompuan m'layu beratok nk msk,tk sabak depa psl lelaki islam kita dah lebiih sgt? akidah buang bayi perempuan cbnrye dlm telaga atau ditnm...walahualam .inshallah&alahuakhbar!
BalasPadamDari dulu lagi dah dikatakan laksana hukum hudud.tetapi puk ni hendak undang 2 penjajah jugak.
BalasPadamjohor mcm2 kes...sultan perangai 1 hal anak beranak..rakyat mcm2 kes..pastu tuduh kelantan mcm2...umnos pets, wat say u?
BalasPadammasya Allah !
BalasPadamapa nak jadi dengan pompuan Melayu dewasa ini; gilakan dunia dan nafsu seks terlebih lebih.
kebanyakan anak anak Melayu bila kechik sudah di ajar kelas agama, baik di sekolah rumah mahupun di surau/masjid. mana perginya pendidikan agama Islam yang diajar dahulu....?
inilah masalah orang melayu yang cetek agama juga cetek pendidikan duniawi, malas pula.
Sedih !!!!
to be fair-kena tgk dari sudut lain gak-sy pernah kenal dgn wanita yg tlh diceraikn suami, wanita mengadu ke mahkamah-si suami menafikan-kes tertangguh berbulan-bulan lamanya.
BalasPadamkerana yakin dia tlh diceraikan walau di nafikn suami-dn dia juga memerlukan suami utk menjaga diri-dia berkahwin sekali lg di thai.
ntah sape nk disalahkan