3 Jan 2013

[KERJA BODOH] Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah

Kota Bharu - Dua kereta milik Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah dalam kejadian di Nilam Puri pagi tadi.

Akibat kejadian itu, Nazri menanggung kerugian lebih RM 3,000.

Nazri mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang iri hati terhadap perjuangan beliau yang menuntut bayaran royalti minyak ke atas rakyat Kelantan daripada Kerajaan Pusat.

Ekoran kejadian itu, beliau akan membuat laporan polis.

-SH
Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat.

KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.

00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.

“Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu.

Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.

“Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.

“Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil,” katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.

“Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia,” ujarnya lagi.

Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya
-HD


Ulasan GB

Kerja golongan yang tak bertamaddun.

Mereka menyangkakan dengan berbuat demikian orang akan takut.

Todak samasekali malah kita akan terus berharap kepada Allah swt untuk pastikan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat itu akan menerima balasanNya.
,br>

2 ulasan:

  1. budaya baling baling cat kah, batu kah atau apa apa yang dibaling itu satu budaya orang bahalol yang tiada akal, jauh sekali hati. mereka mereka ini kehidupannya tahap lebih rendah dari haiwan khinzir.

    akibat otak bahalol dan gaya pemikiran sempit ala Pak Ngok, itu cara nya saja untuk membahalolkan diri mereka sendiri.

    mereka mereka ini perlu disimpati dan dikasihani kerana kehidupan mereka bak bangkai bangkai tepian jalanan kampung yang tiada pembersihan.

    muka muka mereka agak sama saja dengan mereka mereka yang merempit melepak dan merambus di jalanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABU...ABU..ABU..
      Asal Bangang Umno!
      Asal Bengong Umno!
      Asal Berderai Umno!
      Asal Boleh Umno!
      Asal UMNO?
      tu lah Umat Melayu Naif Otak nya!
      kita yakin dgn doa...
      hancurkan umno
      be end ko ko be end!
      ko ko ko umno!
      umno ko ko be end!
      Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan! jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyatt pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka! Kita realitikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
      Aku Bukan Umno...
      Aku Benci Umno...

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.