Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari.
"Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.
Tambahnya, penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan tersebut.
Selain itu, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut.
"Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi.
"Himpunan ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat.
"Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya.
Selain itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya perhimpunan tersebut, katanya.
Seorang lagi anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan berlaku dalam perhimpunan berkenaan.
"Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian.
Polis juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut.
"Polis tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium.
Seorang lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Pihak penganjut juga akan membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya. -mk
Comandan Berjalan Lenggang Lenggok HKR #112 Stadium Merdeka
Masjid Negara -
YB Khalid Samad, YB Azmin Ali, YB Mujahid
Pasar Seni -
YB Elly Wong, YB Siti Mariah, YB Teresa Kok
Masjid Rahman(UM) -
Adam Adli, YB Nurul Izzah, Safwan Anang, Raja Iskandar, YB Ng Swee Lin
KLCC -
Mazlan Aliman, YB Husam Musa, YB Teng Chang Kim
Jalan Sultan -
Ishak Surin, YB Fuziah Salleh, Wong Tak, YB Tan Kok Wai
KL Sentral/Brickfields -
Arun (PSM), Rajaratnam, Faizal OkU, Mariah Chin
berjalan lenggang lenggok,jgn gangnam style sudah ,wakaka ....mat sabu terbaik
BalasPadamBila diluluskan utk himpun distadium tu..sdr/sdri teruskan berhati2..tunjukkan kita adalah pakatan rakyat yg elok bersopan yg diuruskan dgn baik oleh pemimpin2 yg baik juga wpun nanti diprovokasi oleh sapa2 samada samseng xcerdik/perkasa/pekida/jati/silat lincah dan sebagainya..
BalasPadampihak pemerhati dari Hak Asasi PBB patut di jemput bersama media media luar negeri supaya seluruh dunia menjadi saksi..
BalasPadamkami pelajar IPT dah kempen rakan dan keluarga ikut sama nak hapus PTPTN BN yang zalim kepada pelajar
BalasPadamHimpunan 1 juta hapus PENJAJAHAN UMNO..
BalasPadamramai rakan pemuda melayu nak himpun bersama Pakatan Rakyat
BalasPadamKami pun mau jgk..nk turun nk join..ABU ABU ABU ABU ABU...HIDUP HIDUP HIDUP PAKATAN
BalasPadamalhamdulillah..semoga semua berjalan lancar esok..insyallah...semoga allah mengagalkan segala perancangan jahat yang cuba merosakkan perhimpunan bersejarah esok....amin
BalasPadamsemoga perhimpunan esok berjalan lancar..amin..semoga allah mengagalkan segala perjalanan jahat yang cuba merosakkan perhimpunan bersejarah esok....amin
BalasPadamSALAM
BalasPadamKENAPA DIDALAM INJIL ARAB TUHAN DISEBUT ALLAH
KENAPA DIDALAM INJIL INDONESIA TUHAN DISEBUT ALLAH
KENAPA DIDALAM INJIL DI AMERIKA TIADA PERKATAAN ALLAH
KENAPA INJIL DI BRAZIL TIADA PERKATAAN ALLAH
YANG MEMPUNYAI AKAL SILA BERFIKIR?
http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4
http://www.youtube.com/watch?feature=fvwp&v=HlGl3LmSUpo&NR=1
http://www.youtube.com/watch?feature=fvwp&v=HlGl3LmSUpo&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24
http://www.youtube.com/watch?v=bBRys_4J_1k
http://www.youtube.com/watch?v=gt1oSwZxur8
http://www.youtube.com/watch?v=Z_gRZ28_Ebs
http://www.youtube.com/watch?v=AK5AozPLcVo