11 Jan 2013

[EDISI TERDESAK] Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM

HKR: SAMM terima SMS ugutan Perkasa & Pemuda Umno

Samseng Umno menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada semua ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ekoran takut dengan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa.

Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara.

“Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah,” jelasnya kepada pemberita.

SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi “Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara”.

“Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat,” katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh.

“Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

“Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno,” katanya.

Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat.

Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga ‘keselamatan’ rakyat.

18 ulasan:

  1. anak simpang 3 sg buloh11 Januari 2013 pada 12:55 PG

    tak payah susah2 hantar sms ugutan. mari kita jumpa di dataran. kita tengok sapa jantan dan sapa yang bacul.

    aku ahli pekida sejak 1993 tapi aku bukan barua orang politik. aku berjuang kerana Allah.

    BalasPadam
  2. Kalau saya terima mesej ini, ini mesej yang saya akan balas:
    "Wahai PERKASA, PEKIDA, pemuda UMNO & NGO yang seangkatan, saya nak cabar anda semua. Kalau anda anak jantan, tolong buktikan kepada saya UMNO lebih layak memerintah negara ini & PR kurang ajar serta PAS jadi barua DAP. Kalau anda gagal bagi bukti yang kukuh, saya akan turun ke HKR. Silalah serang saya kalau berani. Nak berlagak macam berani konon, tapi hakikatnya anda pengecut ibarat tentera Israel yang hanya berani menyerang tentera Palestin dengan kereta kebal dan bom fosforus, tapi takut untuk berlawan macam lelaki."

    Ayuh kita tumbang kedurjanaan BN! Allah sentiasa bersama pihak yang benar! ALLAHUAKBAR!!!

    BalasPadam
  3. Jangan buat duit untuk membuat ugutan. Cubalah fikir secara logik mampu beberapa kerat manusia yang tak faham masalah rakyat M'sia VS dengan 1 juta rakyat M'sia bahkan mungkin lebih lagi? So please jangan buat masa tunaikan sahaja apa permintaan yang rakyat mahu kerajaan tunaikan.

    BalasPadam
  4. Kalau berani cuba halang laluan aku...

    Aku tunggu...

    BalasPadam
  5. hak untuk pertahankan diri,jom pakat ramai2 sekiranya kita diprovok puak gerombolan sama2lah kita membalas demi mempertahankan diri...artikel 20 hak utk berhimpun secara aman,takbir!

    BalasPadam
  6. tangan ku hulur tanda hormat
    hormat ku dihati tetap tersemat
    budi dan bahasa tersimpan rapat
    lawan tetap lawan sekelian umat

    BalasPadam
  7. Bhai GB...

    Yang antar SMS tu gua rasa bukan geng Perkasa atau Pemuda UMNO la... diorang maner berani nak antar SMS camtue... Itu kerja psyops PDRM la... hahaha

    BalasPadam
  8. jangan nak berlagak samseng..ingat negara ini takde undang undang...ini adalah perhimpunan terakhir bagi nak kuburkan perkasa n bn...allahuakbar

    BalasPadam
  9. Selama ni yang jadi barunya ialah PERKASA, PEMUDA UMNO, PEKIDA.

    Mereka ni lah yang burukkan nama Melayu. Mereka ni lah yang kencing Melayu.

    Orang buat ceramah, dia orang halang, diaorang buat provokasi, dia orang buat bising melalak macam anjing gila.

    Orang nak bagi penerangan kat orang kampung, dia orang lah yang menyekat perjalanan dan dan menghalang rombongan.

    Orang buat ceramah, diah orang kalut nak buat ceramah kat tempat yang sama.

    Apa punya barang macam ni. Tak barua ke namanya????

    BalasPadam
  10. mereka ini adalah anak didik zionis laknatullah.... hanya zionis laknatullah mentang kebenaran.. bila jahat selamanya jahat.. hati yang tertutup dengan hidayah Allah. sebab itu kebanyakan mereka yang tidak berilmu sahaja sertai ngo berpaksikan umno apco bn

    BalasPadam
  11. kunjungan pagi sambil baca artikel menarik, di temani secangkir kopi,,
    manthap!!!

    BalasPadam
  12. buat apa nak halang... muka tak malu penghantar sms... kan dah lulus guna stadium untuk HKR. apa pula pengkhinat... kan parti politik tu sah..boleh bertanding. tak mengaji ke. PENGKHINAT NI ORANG YANG TIPU RAKYAT, AMAL RASUAH, ADA PROJEK TAK BUAT, DUIT SAPU, MINTA KOMISEN JUTA JUTA, JUAL RAHSIA NEGARA, BELOT DAN BANTU MUSUH,

    BalasPadam
  13. wahai penghantar sms... awak tahu apa itu pengkhianat... dengar sini...PENGKHIANAT ORANG2 SEPERTI BERIKUT.

    A. MENIPU RAKYAT
    B. DAPAT PROJEK BUAT LEBIH KURANG, DUIT SAPU BERLIPAT GANDA DAN SELEWENG
    c. MINTA DAN AMBIL KOMISEN BERLIPAT GANDA.
    d. TIDAK AMANAH
    E. BOLOT DAN ROMPAK HARTA DAN WANG RAKYAT
    F. JUAL RAHSIA NEGARA
    D. BAGI RASUAH
    F. MINTA RASUAH.
    SAYANG OOI INI LAH BARU PENGKHIANAT.

    BUKAN PARTI POLITIK DAN HKR MEREKA PARTI SAH DAN BOLEH MEMERINTAH NEGARA.... P MENGAJILAH.

    BalasPadam
  14. umno dulu2 memartabatkn melayu. umno skrg pulak menjahanamkn sesama melayu! jgn mimpi diorg akan kekal memerintah klu mcm ni punya perangai. tiada yg kekal selain Allah. umno BN akan berkubur dlm PRU13 ni.....

    BalasPadam
  15. DATARAN MERDEKA PUN MAHASISWA BERANI, INIKAN PULA STADIUM MERDEKA

    BalasPadam
  16. Mahasiswa sekarang berani nak hapus PTPTN, bangkit lawan tetap lawan!!!

    BalasPadam
  17. Nampak sangat bodo dan jahat ! Polis dah bagi kebenaran, pihak stadium dah bagi kelulusan awat hampa dok bangang lagi ! Wahai ahli2 yang 50-50 meh kita jangan ikut puak2 yang ada kepentingan nie... dah la bahalol bangang pulak ! Kesian kat mak yang kandung hampa !

    BalasPadam
  18. Orangyg berteriak PENGKHIANAT pada orang lain itu lah yg benornya PENGKHIANAT........setannnnn!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.