Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.
Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama
Ulasan GB
Alhamdulillah, Allah memakbulkan lagi doa GB. Sebelum ini di SINI, GB telah buat ulasan:
Kita harap lebih ramai lagi nanti yang jahat-jahat dalam UMNO BN ini ditangkap dan dipenjarakan termasuk menteri-menterinya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.
GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.
Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja.
Kita harap lebih ramai lagi nanti yang jahat-jahat dalam UMNO BN ini ditangkap dan dipenjarakan termasuk menteri-menterinya.
Guna wang rakyat untuk biayai selenggara rumah sendiri telah dihukum. Apa bezanya perbuatan pemimpin mencuri wang rakyat dan harta negara?
BalasPadamnie si bilis tua nie....nk belasah biar lebih sejuta...baru dpt peguam hebat...stakat nak renovet rumah...buang karen je...
BalasPadamBersyukurlah Pak Din kerana ditangkap dan didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. Bukan ape, sempat juga Pak Din merasa pembalasan dunia yang akan memberikan keinsafan dan memberikan peluang kepada Pak Din untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Yang kami ni tak tahu lagi akan nasib diri kami, entahkan kalau ada peluang lagi teruk ape ! Mohon agar Allah jauhkan aku daripada dugaan seperti ini. Amin.
BalasPadamala tak heran la 3 tahun tu , anak bini cucu cicit dia senang lenang jugak, patutnya rumah tu pun turut di sita jugak
BalasPadammoga sempat bertaubat -Ya Allah lindungi kami dari godaan dunia
BalasPadammungkin pesalah ni xde jawatan dalam parti dan mungkin ahli biasa je.klau berjawatam penting,x mungkin akan dikenakan hukuman sedemikian rupa.kesiannnnn bilis bilis ni.jerung juga yang terlepas.lumrahhhhh. . .
BalasPadamrm132,500 penjara 3tahun.kalau curi beratus juta tu,berapa tahun penjara agak nya ye?nnti lepas PRU13,ramai menteri-menteri yang kena masuk penjara.mayat dah reput baru boleh dibebaskan.
BalasPadambuat habis beras aje kes nih...
BalasPadamWalaubagaimanapun hukuman tersebut masih belum boleh menakutkan penjenayah betapa bahayanya rasuah. I hope apabila PR memerintah hukuman bagi pesalah rasuah harus diubah supaya ia menjadi lebih berat dan mampu memberi pengajaran kepada semua orang.
BalasPadam"PENDEK" kata,PRU kali kita mesti menang.kita mesti usaha untuk menang walau bagaimana sekali pun.tipu,muslihat,rasuah pengundi tau apa apa pun.janji memang."PENDEK" kata,saya x nak masuk penjara. . .
PadamWah. 23 ribu kena 3 tahun. 250 juta .......ikan bilis bolehlah.
BalasPadam