21 Jan 2013

Apa "Merit" Yang Muhyiddin Ada Dianugerahkan "Doktor Kehormat"?

MMuhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek

KUALA LUMPUR: Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini.

Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya.

Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka.

Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta.

Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai.

Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia.

Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011.

Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu.

Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui “International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)” dengan nilai RM22.9 juta.

Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.

Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta.

Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. -HD


USSA: Ijazah kedoktoran untuk TPM berasaskan merit


Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) menjelaskan bahawa ijazah kedoktoran yang dianugerahkan kepada Menteri Pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan berasaskan merit dan tiada kena mengena dengan projek daripada kementerian pelajaran.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri menerima ijazah kehormat itu pada 17 Januari lalu kerana memajukan sukan melalui program "satu murid, satu sukan".

"Anugerah itu amat wajar dan patut diperolehinya," kata presiden dan CEO USSA Dr Thomas P Rosandich seperti dilaporkan The Star hari ini.

Katanya, akademi itu sudah lama ingin memberi anugerah berkenaan kepada Muhyiddin tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kesibukan timbalan perdana menteri.

DAP sebelum ini mempersoalkan sama ada anugerah kehormat itu merupakan sogokan kerana dakwaan menghanugerahkan kontrak bernilai RM22.9 juta melalui pihak ketiga.

Ia mendakwa, pihak ketiga itu merupakan satu syarikat yang dipengerusikan seorang pemimpin Umno.

- mk



Ulasan GB

Selepas Rosmah, Najib dan kini Muhyiddin... menerima Doktor Kehormat, sehingga selepas ini, penganugerahan ijazah kehormat menjadi begitu hyina dan meloyakan.

Apa "merit" yang Muhyiddin ada di bidang kesukanan sehingga pihak USSA menganugerahkan Doktor Kehormat kepadanya kalau bukan kerana telah memperolehi projek RM22.9 juta wang rakyat negara ini?

Dan apabila bercakap soal "merit", apakah Muhyiddin sendiri yang meminta USSA mengeluarkan kenyataan tersebut kerana sebelum ini Muhyiddinlah yang kerap menggunakan ungkapan tersebut? Contohnya apabila Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd diberikan kontrak Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno yang lansung tak da pengalaman didalam projek lebuhraya, Muhyiddin kata "ia berdasarkan merit"!

Sesungguhnya memberikan anugerah Doktor Kehormat kepada ahli-ahli politik sepertinya kononnya atas dasar merit adalah umpama menyembur pewangi ke atas seketul najis. Bukan bertambah wangi, malah bertambah busuk dan tengek sangat baunya. Ke seluruh dunia!br>

4 ulasan:

  1. hahahahaha
    Sungguh memalukan...
    Sanggup terima doktor kehormat dari sekolah yang kita pun tak pernah dengar...
    Mujur ada wakil DAP yang terjah persoalkan kenapa tak hantar buat di ITM dan UPM yang 10x lebih murah?

    BalasPadam
  2. Nampaknya firasat i selama ini memang betul. Semua pemimpin UMNO mendapat kelulusan secara backdoor atau dengan istilah lain dengan main beli ijazah atau PHD. Kesimpulan sekarang negara kita dipimpin orang bodoh yang menyamar sebagai orang bijak dengan ijazah atau PHD yang diaorang beli. Jangan biarkan pemimpin yang dapat kelulusan cara beli memerintah negara. Berikan kepada mereka yang mendapat kelulusan dengan titik peluh sendiri untuk memerintah negara kerana mereka ini tahu dan berilmu, layak digelarkan sebagai pakar. Tumbangkan UMNO pada PRU akan datang supaya kita dapat beri ruang kepada yang pakar untuk memerintah, bukan kepada orang bodoh.

    BalasPadam
  3. pemimpin2 ameno mmg bodoh tahap gaban ttp yg gua x tahan tu bab2 rembat harta negara...fuh mengalahkan manusia yg paling bijak didunia...itulah amneo...

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah !

    Tahniah dapat Doktorship.

    Tak banyak Melayu dapat Doktorship mudah, seperti ini. Kira terrer jugak yea.

    Bila nak 'erektion' agak nya yea?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.