26 Okt 2012

Lembu Korban Kena Curi

Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.

Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis,l embu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.

Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit

Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai

ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.

Kangar – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.

20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam. -Kosmo

Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul ....

SSungguh nakal org yg buat banner ini...mengapa di sama besarkn perkataan Lembu dgn dato seri sharizat jalil..disusun sebaris dan warna yg sama... bukankah ini bakal menimbulkan fitnah...hihi..... -dppsa

PAS Tak Akan Jadi Ayatollah, Usah Bimbang

Kami bukan Ayatollah', Pas jawab Dr Asri

Pas memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak.

Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran.

Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.

Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.

“Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas, tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu.

“Jika dilihat sekarang ini pun, media arus perdana hari ini kerap memutar belit fakta yang kami beri, tetapi kami tidak pernah melenting, malah memberi reaksi yang baik dan sentiasa positif,” kata beliau.

Kelmarin, Asri, yang dari semasa ke semasa menganalisis perjalanan politik negara, menggesa Pas agar tidak mengamalkan pendekatan politik negara Teluk itu jika berjaya mandat memerintah Putrajaya kelak.

Bagaimanapun beliau tidak memberi contoh khusus yang berkemungkinan Pas akan menjadi sebagai kepimpinan Ayatollah.

Beliau berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini, Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak perlu melihat terlalu jauh atau melihat corak pemerintahan Pas di masa hadapan, corak pemerintahan Pas sekarang ini pun tidak pernah mengambil sikap ‘tutup pintu’ jika dikritik mana-mana pihak.

“Kami pun sedia maklum, bukan semua pemimpin Pas mahir dan arif dalam semua perkara, justeru teguran juga penting,” katanya.

Beliau juga menambah, jika teguran yang dibuat itu merupakan sesuatu yang baik, mereka sedia menerima walaupun berbeza faham politik.

Seorang lagi Naib Presidennya, Salahuddin Ayub turut sepakat dengan Mahfuz menyatakan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak.

“Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas, mana-mana ahli bebas memberi pandangan dan teguran masing-masing kerana kami sentiasa berpaksikan semangat demokrasi.

“Jika dalam mesyuarat perwakilan atau mesyuarat bulanan, semua ahli bebas memberi kritikan kepada pemimpin, tiada masalah,” katanya.

Beliau juga menambah yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh parti itu juga adalah berdasarkan teguran.

“Cara ini kami telah amalkan sejak lama dulu dan setakat ini, kami sentiasa terbuka dan saya rasa tidak mungkin kami akat bersikap seperti Ayatollah jika memerintah Putrajaya kelak,” tegas beliau tetapi pada masa yang sama menghargai teguran Asri semalam terhadap Pas.

Katanya, ia satu peringatan positif.

[MELETUP] Zul Kulim Minta Habuan Untuk Kosongkan Kerusi

Syed Husin: Anwar beritahu Zul minta bayaran Senator PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.

"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.

Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.

"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.

Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.

Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.

"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.

"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.

Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.

"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.

"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.

Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.

"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Aziz.

Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.

KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar!


Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods! Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.

Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.

Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.

Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.

Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.

Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.

Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.

Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.

Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adek Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?

Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?

Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya -jalanpulang.