26 Okt 2012

KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar!


Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods! Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.

Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.

Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.

Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.

Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.

Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.

Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.

Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.

Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adek Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?

Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?

Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya -jalanpulang.

8 ulasan:

  1. standard najib ni kat PAR 3 pun 5 kali pukul...ada hati nk lwn tiger wood..pooorahhhhhhh...

    BalasPadam
  2. Kasn Anwar Ibrahim dah kata, dia taakan penjara kan Najib samaada duta ke mongolia atau ketua pembangkang... Tapi nampaknya Najib dah ada profession sendiri, tak mahu berpolitik lagi nak cari makan sendiri..nak jadi jaguh Golf agaknya... bair orang pandang dia sebagai wira jaguh Golf pulak.... bab politik dia hangus!

    BalasPadam
  3. kenapa dia ni ada ciri2 auwww! bro? tengok kedudukkan aki nya dlm gambar kat atas tu... wakaka

    BalasPadam
  4. Pukulan Pakatan Rakyat di parlimen sangat hebat sebagai pembangkang, najib tak mampu, baik cabut lari

    BalasPadam
  5. Tahniah! Rakyat dibahulukan, pencapaian diketepikan!

    Beruntunglah peneroka felda kerana kena bayar pinjaman untuk beli saham yang rugi, sedangkan PM berseronok main golf.

    Agaknya pastulah aku tengok, kedai kopi kat felda - felda ni kosng belaka, depa joint Najib main golf agaknya. Maklumlah, dah kaya dapat duit saham hari tu.

    BalasPadam

  6. Agaknye dia mintak 'si Tiger tuh tolong sampaikan pesan kepada Obama agar tolong dia kekal sebagai PM. Tak pun, jika kantoi PRU-13 nanti, mintak suaka politik. Jarjis kan ada kat US. Bukan ape, persiapan strategik. Manalah tahu Pasca PRU-13 nanti kok betul-betul 'rakyat' hantar dia ke Monggolia sebagai duta khas. Tak ke naye tuh..

    Dalam situasi terdesak macam sekarang perbahasan di parlimen sebagai wakil rakyat dan ketua kerajaan yang membentangkan belanjawan, dah tak penting kepada dia. Ini situasi selamatkan diri lebih utama.

    Akibatnya kini ayat 'rakyat didahulukan' sudah tidak penting. Apa nak jadi, jadilah asal diri dia selamat. Contoh seorang pemimpin yang tidak sanggup susah demi rakyat.

    Berbeza sungguh kelakuan dia berbanding Datuk Sri Anuwar Ibrahim yang sanggup dipenjara dan dibantai demi perinsip dan perjuangan rakyat. Hidup DSAI. Hidup Pakatan Rakyat.

    Pecacai dan pengikut UMPORNO yang berkepentingan sahaja yang buat-buat pekak dan buta.

    Apa pun kita pakat ramaikan majlis najib kat mana sahaja, sebagai meraikan hari-hari terakhir dia sebagai ketua kerajaan.

    Kah... kah... kah... kah...

    BalasPadam
  7. Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.

    computer support wellington

    BalasPadam
  8. Tengok riak airmuka Najib pun macam bola golf tu sdah tersasar jauh ke dalam semak....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.