1 Sep 2012

[WASPADA] Geng Wanita 40an Kebas Barang Kemas Pengantin Baru



IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga.

Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari.

Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.

"Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis.

"Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar," katanya.

Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam.

Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping.

"Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami.

"Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau. -SH

Apabila PERKASA Melembukan Diri Mereka Sendiri

Perkasa buat laporan polis isu tak undang Sultan Selangor pada Sambutan Hari Merdeka Selangor


Selangor patuhi prosedur sambutan ambang merdeka - MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini, Khamis lepas.

Abdul Khalid berkata ini kerana pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau "tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib".

"Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di bandar itu.

Abdul Khalid mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Selangor pimpinan PKR membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan.

Beliau berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu sebelum mesyuarat exco untuk memaklumkan mengenai segala program yang diadakan di negeri itu termasuk sambutan ambang kemerdekaan.

Menurut satu sumber yang enggan dikenalpasti, adalah menjadi amalan biasa pejabat SUK untuk menjemput Sultan Selangor hanya untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dan bukannya untuk sambutan malam ambang kemerdekaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya meminta polis menyiasat laporan akhbar yang menyatakan kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan.

Beliau berkata sambutan kemerdekaan adalah anjuran rasmi kerajaan negeri untuk rakyat Selangor dan adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya.

"Perkasa Selangor bimbang akan timbul kemarahan rakyat kerana kerajaan negeri Selangor menyisihkan kepentingan Raja-raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor dalam sambutan ini.

"Oleh hal demikian, Perkasa bimbang sekiranya ada campur tangan 'orang luar' terhadap pentadbiran kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. - Bernama

erkasa lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan negeri itu ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

"PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor," laporan itu dipetik.

Laporan berkenaan dibuat oleh setiausaha PERKASA Selangor, Azahar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan itu.

"Perkasa Selangor bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," kata Azahar lagi dalam laporan polisnya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "PKR belakangkan Sultan Selangor?" semalam memetik kenyataan setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah "tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan".

Mohamad Munir dalam kenyataannya pada 30 Ogos itu juga menyebut bahawa "Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri."

Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahaya dan kira-kira 50 orang penyokong pertubuhan pro-Melayu itu.

Sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat negeri Selangor diadakan pada malam Khamis lalu di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-mk




Angkara Syaitan: Satu Stadium Tak Solat Jumaat!

Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan "Assalamu'alaikum" terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat.

Kemaruk syaitan apakah sehingga membelakangkan solat Jumaat semata-mata untuk berkupul membuat persembahan di Stadium Merdeka?

Mengikut perhatian GB, itu petanda jelas bahawa UMNO sedang berada di njurang kejatuahn dan kehancuran.

Kita sama-sama nantikan saat bersejaran itu.

[EDISI TERDESAK] Bilik Hotel Anwar Pun Cuba Dipecah Masuk

Kota Bharu - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. -SH

TGNA melawat bas yg digunakan bagi Jelajah Merdeka oleh DSAI yg dilontar dgn batu dan cat awal pagi tadi......TGNA meluahkan rasa kecewanya dgn kejadian ini.......lebih-lebih lagi ianya berlaku di negeri Kelantan...... -fv Rizal Tahir.

DSAI dan Kak Wan, melihat keadaan bas Jelajah Merdeka Rakyat yg disabotaj awal tadi tadi. -fb Jeminghassan


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir

B Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka.

Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan.

Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini.

“Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja.

“Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik,” kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi.

Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN.

“Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur.

“Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar.

“Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi.

“Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan,” kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku

[VIDEO & BERGAMBAR] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan


Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin.


Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli.

Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru.

Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat.

Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang.









Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.

Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.

Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.

@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara

Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut.
-jalanpulang

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




ter

Kantoi!!! Bendera Malaysia : UMNO Tiada Modal, Fitnah PR

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen