23 Ogo 2012

Alasan "Bangsat" Seorang Menteri Kekalkan Seksyen 114A

Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

Ulasan GB

Itulah "bangsat" namanya apabila menegekalkan Seksyen 114A Akta Keterangan beralasan kononnya pembangkang dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan. Keras kritikan GB, tetapi itulah bahasa paling sesuai yang dapat menerangkan alasan yang digunakan oleh Nazri.

Tentangan yang bagaimanakah Nazri maksudkan sehingga kerajaan baru akur dengan tuntutan?

Mahu rakyat lakukan demonstrasi seperti BERSIH? Itu pun kamu tidak akur dan tidak laksanakan 8 tuntutan yang didesak oleh rakyat.

Hanya satu jawapan: WAJIB turunkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Gambar Berbicara: Siapa Yang Empunya Lidah Bercabang Ini?


Baagaimana UMNO berbicara dengan kelompok komuniti yang berbeza untuk memburukkan PAS.

Reka Isu Bukti Umno Takut Dengan Perpaduan Pakatan – Anwar


Permatang Pauh: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.

“Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan

“Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.

Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.

“Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja,” katanya. -KD

Kalau BN Adalah Parti Syaitan, Maka UMNO Mestilah Iblis - Sakmongkol


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir. Najib. Muhyidin. Noh Omar. Melayu lain terus hidup.

Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Sebab UMNO iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.

Baru2 ini, Pemuda UMNO membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran internet ini dilakukan oleh pemuda UMNO atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja pemuda UMNO yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, kretapi dan meng-agihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda UMNO tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui internet, kita suruh lah MCMC menyiasat nya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam UMNO mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh UMNO. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa UMNO syaitan? Dalam BN, UMNO adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Boleh lah kita sebut UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan.

Semenjak tahun 1981, UMNO dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya DR Mahathir- adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia by definition adalah seorang Melayu. Apalah yang susah nya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairan lah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah melayu sebab dari definisi nya mereka telah memenuhi syarat2 seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan UMNO/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. UMNO pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa2 nya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan cina sama cina atau india sama india. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar UMNO ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin UMNO dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka felda boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga Felda. Bila syarikat Felda disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka( Melayu biasa) dengan Isa Samad( Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istmewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. -sakmongkol


Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.

Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-TMI


[VIDEO] Polis Berkas 6 Anggota 'Geng Susu Kangkang'

Kuala Lumpur - Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama



Ada "Kong KaliKong" Antara Najib Dan Ummi Hafilda? Tunggu Pendedahan Azwan!

Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.




- HK-74/mynewshub


Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Muhasabah diri.

“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.

“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.

Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
-KD


Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif

PAS diam saja apa Nasharudin kata

Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presiden PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.


Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya. -Subky Latif/HD