23 Ogo 2012

Reka Isu Bukti Umno Takut Dengan Perpaduan Pakatan – Anwar


Permatang Pauh: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.

“Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan

“Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.

Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.

“Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja,” katanya. -KD

3 ulasan:

  1. Sepatutnya BN berusaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka bukannya berusaha untuk memecah belahkan perpaduan pihak lain. Jika mereka terus melakukan perkara sedemikian, lama kelamaan kuasa yang mereka miliki akan hilang begitu sahaja. Bezanya cuma cepat atau lambat.

    BalasPadam
  2. Kartunis rossem pun dah join PR?

    BalasPadam
  3. Tumbangkan UMNO PRU 13

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.