28 Jun 2012

Isu Bakal Besan Penipu: Jika Berita Ini Benar....

Bakal besan Najib ditangkap di Dubai?

DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.
Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol.

Gambar: Maira Nazarbayev (kanan) bersama anaknya, Daniyar dan bakal menantu, Nooryana Najwa Najib.

“Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu kepada FMT.

“Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. -KD

Daniyar’s mom arrested in Dubai?

PETALING JAYA: Maira Nazarbayev, mother to Prime Minister Najib Tun Razak’s future son-in-law Daniyar Nazarbayev, is believed to have been arrested in Dubai as she was about to fly off to Europe for a vacation.

A source familiar with the investigation against the 50-year-old Kazakhstan native told FMT that she was arrested on Friday by the Dubai police based on a wanted notice issued by Interpol, acting on behalf of the Kazakhstan’s Ministry of Internal Affairs.

FMT could not officially confirm her arrest with the Dubai authorities. E-mails to her spokesperson Ronn Torossian also remain unanswered.

“She is being held in custody in Dubai now. She is represented by three US law firms and she has a New York-based PR firm to help her protect her image,” the source told FMT.

“She was arrested at the Dubai airport on June 22,” added the source.

Maira had landed in Dubai on June 18 from the US, on her way to Europe for a holiday with family and friends.

She had then released a media statement through Torossian, stating that she was free to travel and rejected claims that she was wanted by Interpol for various crimes.

She had said that American media reports about the Interpol “wanted” notice were completely inaccurate. Photographs of her in both the New York airport and the Dubai airport were also sent to media organisations to show that she was free to travel.

Her son Daniyar is engaged to Najib’s daughter Nooryana Najwa.

Maira had been in the news lately following a New York Post report which quoted her multi-millionaire ex-husband as claiming that she conned him out of their 4,000 square foot apartment and was wanted for a host of crimes by Interpol.

She, however, maintained that she and her former husband, Bolat Nazarbayev, were still married. Bolat is the brother of Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev.

She also dismissed claims that she was wanted in Kazakhstan “for various crimes, including kidnapping, use of threats of physical harm to extract funds from a business associate, and using criminal threats to force another person to transfer real property to the name of a family associate”.

Until press time, there had been no confirmation from the Dubai police and Torossian on Maira’s status.
-FMT


Ulasan GB

Jika berita yang tersebar yang menyatakan bakal besan Najib itu telah ditangkap di Dubai ini bererti berita mengenai penafian, maka berita sebelum ini adalah salah dan dusta.


GB pernah mempertikaikan penafian yang diterbitkan sebelum ini kerana ia amat-amat tidak meyakinkan. Berikut ulasan GB sebelum ini. Petikan:

Penafian yang dilakukan oleh Maira, bakal besan PM Malaysia, Najib Razak nampaknya longgar dan kenyataan Maira itu dikatakan dipetik "melalui jurucakap perhubungan awamnya".

GB berpendapat kenyataan itu lemah kerana Maira sebenarnya kini sedang diburu oleh Interpol. Dan penafian mengenai dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) juga tidak boleh diterima kerana sebelum ini beliau sudah menyatakan "isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat."

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Justeru itu jika ada penafian hendak dilakukan ia perlu dikemukakan dimahkamah bukan melalui media.

Apa yang memusykilkan kini:
kenyataan penafian itu daripada mana sebenarnya? dari Kazakhstan atau dari pejabat PM Malaysia untuk melindungi dan sekaligus membersihkan imej Najib?



Jadi jika benar bakal besan Najib itu ditangkap di Dubai, maka benarlah ulasan GB sebelum ini yang meragui berita penafian yang nama bakal besannya tersenarai di dalam WANTED LIST pihak Interpol.

p/s Tidak mustahil selepas ini ada berita penafian lagi dari pejabat "perhubungan awam" yang tak diketahui dimana tempat sebenarnya (samada di Kasazhstan atau Malaysia)Dan jangan lupa, Menteri Luar kita memang pandai memainkan bab-bab "nota diplomatik" ini!

PRU Musim Haji: Bukan Islam Turut Tidak Setuju

Bukan Islam pun tak setuju PRU musim perayaan

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) boleh diadakan pada musim haji.

Beliau mempersoalkan tindakan tersebut pada program wacana anjuran Roketkini di sebuah hotel di Shah Alam.

"Tindakan Najib yang ingin mengadakan PRU13 pada musim haji adalah tidak betul dan tidak tepat.

"Najib perlu peka dengan soal ibadat orang Islam, melaksanakan PRU pada musim haji tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penganut bukan Islam juga tidak akan bersetuju jika pilihan raya diadakan pada waktu musim perayaan atau keagamaan mereka.

"Bagaimana Najib nak melaksanakan dalam musim haji yang jelas ia merupakan ibadat kepada umat Islam," sambung beliau lagi pada program wacana bertajuk 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam'.

Pensyarah Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek turut menjadi ahli panel sementara Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan bertindak sebagai moderator. -HD

DAP juga tolak pilihan raya musim haji

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu).

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan mengulas kenyataan Najib yang dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan pada pilihan raya 1986 atau 1982.

Najib bagaimanapun masih mengunci rapat mulutnya berhubung teka teki tarikh pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nafi berfahaman sosialis

Mengulas lanjut, Lim menjangkakan kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekitar Oktober, selepas pembentangan belanjawan pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam wacana bertajuk "Benarkan Dasar DAP mengancam Islam?" anjuran akhbar web DAP Roketkini yang adakan di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.

Selain beliau, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik turut diundang menjadi panelis dan wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif nstitut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung dakwaan dasar parti itu dikaitkan dengan fahaman sosialisme - yang dilihat sesetengah pihak ancaman kepada Islam - Lim menafikannya dan menegaskan DAP berfahaman sosial demokrasi.

Katanya, fahaman tersebut antara lain memastikan pihak yang daif menerima pembelaan yang sewajarnya, menghormati hak asasi rakyat dan memastikan pembahagian kekayaan secara adil dan tidak diberikan kepada kroni.

"Saya kira itu paling penting... Itu paling asas," katanya.
-mk

[VIDEO] Azan Ditawar RM5 Juta Lompat Parti

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.

Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.

“Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan ‘lompat’ pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.

“Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video,” jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.

Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.

Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.

Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.

“Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.

“Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara,” kata Khalid. -KD





Seorang Kakitangan Awam Dibicarakan Kes Khalwat Dengan Pembantu Kedai

Dungun – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas satu tuduhan khalwat dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi kelmarin.

Gambar: Remaja lelaki dari Kampung Paya (kanan) yang dituduh berkhalwat dengan jurujual wanita masuk ke dalam kenderaan pegawai penguat kuasa syariah.

Tertuduh lelaki, 36, yang berasal dari Pulau Serai Dungun dituduh mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana didakwa berkhalwat bersama pasa-ngannya, seorang wanita berstatus ibu tunggal berumur 37 tahun.

Menurut fakta kes, tertuduh lelaki, seorang kakitangan Kementerian Kesihatan itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah di sebuah chalet di Jalan Paka. Dungun kira-kira jam 2.13 pagi, 23 Mac lalu.

Ketika serbuan dilakukan, selepas pintu dibuka oleh tertuduh lelaki, pemeriksaan menemui seorang wanita yang sedang berbaring dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Selepas kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh perempuan yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berdekatan pekan lama Kuala Dungun itu, bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Penolong Pegawai Kesihatan berkenaan yang difahamkan bertugas di Pejabat Kesihatan Dungun dan sudah berkahwin itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memutuskan kesnya akan disebut semula pada 24 September depan nanti dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 untuk membolehkan dia dibebaskan sebelum menunggu tarikh perbicaraan akan datang.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang jurujual wanita berumur 19 tahun didenda RM2,500 kerana didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya, remaja lelaki berumur 19 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 12.10 pagi pada Februari lalu.

Gadis berasal dari Padang Jambu dan pasangan lelaki dari Balai Besar itu yang masing-masing membuat pengakuan bersalah menjelaskan denda. Kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -SH

ULASAN GB

Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa.

Anwar Saman Tak Boleh, UMNO Saman Boleh?

Mahathir: Anwar saman untuk tutup mulut

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.

Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.

"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.

Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.

Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.

Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano.

Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama

Ulasan GB

Oh macam itu ker? Satu hala sahaja. Anwar saman UMNO tak boleh sebab dikatakan tutup mulut, tapi UMNO saman Anwar tak apa?

Bloody nonsense, a hipocrite of the highest degree, isn't he?

Gantung Ambiga: Pemimpin MIC Kecam MP UMNO Sri Gading

Tanpa perlu memikir panjang terhadap perkataannya, seorang pemimpin MIC telah meminta supaya ahli parlimen Sri Gading dikenakan hukuman gantung sampai mati, dengan mendakwa ahli parlimen berkenaan berakal pendek.

S Vell Paari melancarkan serangan kerasnya itu terhadap MP Sri Gading Mohamad Aziz yang telah mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC tersebut menyatakan bahawa kesemua parti, termasuk di pihak pembangkang, mempunyai perangai sedemikian di dalam barisan kepimpinannya.

“Untuk Mohamad Aziz, beliau perlu dihukum gantung kerana mempunyai IQ yang sangat rendah. Saya percaya ada orang yang telah menjatuhkan sesuatu barang ke atas kepalanya sewaktu beliau masih kecil (menyebabkan beliau jadi demikian),” tambahnya.

“Inilah caranya bagaimana kita menembak diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh seorang yang lain, BN yang sebenarnya yang telah membuatkan Ambiga dan Bersih begitu popular sehingga menjejaskan BN,” katanya.

Vell Paari berkata MP Umno juga telah mengambil sikap perkauman dengan mensasarkan Ambiga tetapi tidak ke atas Pengerusi bersamanya iaitu A Samad Said.

Beliau bercadang untuk membawa hal ini didalam mesyuarat AJK Kerja Pusat MIC yang dijadualkan hari ini untuk mendesak pemimpin parti menyuarakan tentangan mereka terhadap kenyataan yang begitu sensitif itu.

“Komuniti India marah dengan serangan bertubi-tubi ke atas Ambiga dan sudah sampai masanya MIC tidak lagi boleh berdiam diri.

“Ini bukan soal nak memenangi hati pengundi tetapi hal gangguan ke atas seseorang yang dihormati seperti Ambiga perlu dihentikan,” ujarnya.

Vell Paari juga mengkritik Mohamad Aziz kerana menyamakan tindakan Ambigadengan Al-Mau’nah yang ahlinya telah dihukum gantung kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong .

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang aneh, pemimpin MIC ttersebut mengingatkan MP Umno berkenaan bahawa Yang Dipertuan Agong telah pun berkenan untuk menerima kedatangan pemimpin Bersih.

“Senjata yang ada pada mereka hanyalah baju T kuning dan botol air mineral, ia bukanlah alat-alat yang biasa digunakan untuk menjatuhkan raja.

“Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, jadi kita nak hukum gantung semua tu?” tanya beliau.

Vell Paari juga menyuarakan kesedihannya yang Sri Gading, pada satu ketika merupakan kerusi bekas PM Tun Hussein Onn, sekarang sudah jatuh ke tangan seorang politikus yang “tidak berkebolehan dan berakal pendek ”.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong

“Penderhaka hendaklah dihukum sekras mungkin,” katanya.

Ahli Parliemn itu juga menekankan beliau sanggup bermandian darah untun negara, dan ucapannya telah disambut dengan sorakan dari kalangan ahli-ahli parlimen UMNO.

Mengulangi permintaannya supaya Najib Tun Razak menghubungi Ambiga untuk perbincangan, Vell Paari juga meminta pihak berkuasa agar menarik semula tindakan undang-undang ke atas pemimpin Bersih.

Belia berkata lagi para peniaga yang menyembur cat di jalanraya di depan kawasan rumah Ambiga sepatutnya di dakwa kerana merosakkan harta awam.

“Pihak polis dan DBKL terpaksa berkawal di kawasan rumah Ambiga kerana peniaga-peniaga dan para pemprotes ini.

“Jadi tidakkah sepatutnya DBKL menghantar notis kepada para peniaga untuk menuntut bayaran kerja lebih masa dan elaun makanan untuk kakitangannya sebagaimana para peniaga itu melakukan hal yang sama ke atas Ambiga?” tanya beliau. -FMT (terjemahan bebas GB)


Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis

KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.

"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.

"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.

"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.

"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.
-HD


Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya!

Takut dipenjara, Mahathir dibayangi Hosni Mubarak – Anwar

AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

“Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.


“Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam.

Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak.

“Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak,” katanya.

Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah.

“Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf.

“Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat,” kata Anwar.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu. -KD

Dr M: Tak perlu jatuh k'jaan ala 'Arab Spring' di M'sia

Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan di Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali. Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata 'Arab Spring' mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor, Dr Mahathir berkata PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.

"Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang Umno, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.

"Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya.
- Bernama


Ulasan GB

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

Che Det kata: "Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?"

Kalau kami hendak catatkan kezaliman dan salahlaku kerajaan UMNO BN selama ia memerintah Malaysia tidak cukup ruangnya di blog ini. Tetapi Gb cuba mengimbau SATU sahaja iaitu selepas pilihanraya 1999, sewaktu PAS berjaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, kamu yang bernama Mahathir Muhammad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah menukarkan "royalti" kepada wang ehsan", malah kamu nafikan pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan dan Terengganu semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS.

Kamu sanggup membatalkan perjanjian royalti tersebut dengan membelakangkan konsep federalisma yang tercatat di dalam Perlembagaan dan kemudiannya PM-PM selepas kamu mengikut jejak langkah kamu menyekat pembangunan khususnya di kelantan apabila Kelantan masih terus diperintah oleh PAS.

Bukankah itu ZALIM namanya?

Kamu manusia, tetapi manusia yang tidak berhati perut menzalimi rakyat Kelantan yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam sendiri. Kamu khuatir kerajaan PAS Kelantan kuat dengan adanya pemberian royalti/wang ehsan itu, maka itu disekat. Bukan sahaja wang ehsan disekat, malah pembangunan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan Pusat pun disekat.

Allah tetap Maha Mengetahui hati busuk kamu dan kamu akan tetap menerima balasan di sisiNya dan Allah memperpanjangkan umurmu untuk kamu lihat sendiri kejatuhan parti kamu dengan digantikan oleh parti yang pemimpinnya taat kepada Allah dan RasulNya!