28 Jun 2012

[VIDEO] Azan Ditawar RM5 Juta Lompat Parti

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.

Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.

“Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan ‘lompat’ pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.

“Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video,” jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.

Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.

Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.

Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.

“Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.

“Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara,” kata Khalid. -KD





7 ulasan:

  1. Pengakuan di buat setelah sekian lama kejadian berlaku.,tambah pula sudah di ketahui umum sekarang ini.

    Persoalannya.,mengapa tidak di ambil tindakan pada ketika kejadian.,termasuk laporan Polis dan SPRM.(Penal Code),bagi membuktikan kita benar benar "BERSIH"atau sekurang kurang nya kelihatan "BERSIH".

    Klu sya ada kuasa .,org.seperti ini tidak akan di pilih jadi Chalon atau Pemimpin.

    Dan tidak berhak mendapat"benefit of the doubt"

    Jgn maree.

    BalasPadam
  2. Wahai Putra IJ80 -- > Mungkin ada sebab mereka menyimpan segala rahsia tersebut. Yang kuat iman bertahanlah mereka.. yang tak kuat iman kita dah nampak. melompatkan mereka. Kalau semua cerita keluar awal2 tak guna. nanti akan dinafikan. mereka mempunya jentera 'penafian terhebat' dan 'pemfitnah terhebat'. Cerita boleh jadi basi.. Masa yang sesuai adalah hampir dengan Pilihanraya. Itu strategi namanya..

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan pendapat anon June 28, 2012 4:23PM. Kalau rahsia tersebut dibongkar terlalu awal, kita tidak tahu jumlah sebenar wakil rakyat PR yang cuba dibeli oleh BN. Lagipun, mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga semasa rundingan seterusnya dijalankan. Bijak...Bijak.

    BalasPadam
  4. Percayalah bahawa di sisi rakyat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, 'katak-katak' yang telah melompat ini tidak ada nilai sama sekali. Walaupun mereka telah memperolehi wang yang banyak hasil daripada pengkhianatan tersebut tetapi mereka tidak mampu membeli maruah yang telah tercalar. Hanya kematian yang mampu meredakan keresahan mereka selama ini.

    BalasPadam
  5. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak melompat buruk padahnya." Kehidupan di dunia bagi orang-orang sedemikian adalah seumpama jasad yang tidak ada roh di dalamnya. Kehadiran mereka di mukabumi tidak dirasakan oleh orang lain. Bak kata pepatah, adanya tidak menambah bilangan, tiadanya juga tidak mengurangkan bilangan.

    BalasPadam
  6. Quote"Anonymous said...
    Wahai Putra IJ80 -- > Mungkin ada sebab mereka menyimpan segala rahsia tersebut"Unqoute

    Bagi menjawab persoalan Tuan.,

    Saya Pinjam kata kata Bekas Ketua Hakim Negara YM Tan Sri Azlan Shah(MLJ77)"Kalau nak makan Goreng Pisang biar ia tengah panas"

    Selebih nya Lu pikir lah sendiri.

    Jgn maree ek!.

    BalasPadam
  7. Putra IJ80.. wa setuju dgn anon sebelum ni kata... tapi wa pun terpikir jugak.. kalau makan pisang panas2.. nnt mulut.. lidah.. boleh melecet..tersyasyul berkata2... maka dengan itu LU pun pikir la sendiri... :)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.