10 Mac 2012

Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti

Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan,"
katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. -mk

Ahli PAS dedah sikap Azizan

ALOR SETAR: Kumpulan penentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa menteri besar seorang yang angkuh tetapi licik berpolitik.

Menurut Abdullah Hashim ahli PAS Sungai Limau DUN yang diwakili menteri besar, Azizan mengamalkan politik pecah dan perintah.

“Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju.

“Dia tidak tidak pernah turun ke kawasan Yan. Saya bertanggung dengan kenyataan saya ini, saya tidak amal baling bantu sembunyi tangan” dakwa Abdullah yang menurutnya pernah menjadi orang rapat Azizan.

Nasharuddin menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999 sebelum bertanding di parlimen Besut, Terengganu pada tahun 2004.. Ketika ini beliau merupakan ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan Lah Semangat 46, penentangan terhadap Azizan yang terbaru ini berlaku ekoran kenaikan tarif air pada tahun 2010.

Abdullah pada mulanya ahli Umno sebelum menyertai Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS
dan orang rapat Azizan.

“Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

“Kami tidak menentang PAS tetapi menentang Azizan kerana manifesto tinggal nama sahaja di mana pelaksanaannya?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Krisis PAS Kedah tercetus apabila dua Exco kerajaan negeri – Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak untuk dilantik semula atas alasan tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar.

Phahrolrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah manakala Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2.

Bagaimanapun, ekoran campur tangan PAS Pusat kedua-dua mereka dilapurkan setuju menerima jawatan tersebut.

“Kita akan lawan sehingga Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Ratusan ribu orang PAS menyokong kumpulan kami.

“Hanya Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung) yang menyokong Azizan.

“Dan penyokong-penyokong Azizan yang mendapat rezeki darinya menyokong Menteri Besar itu,” dakwa Abdullah lagi.
-FMT


Ulasan GB

Tak begitu lama, hanya beberapa ketika, akhirnya Tuhan dedahkan, siapa tupai yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz.

Tabiat tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok - dari UMNO rupanya dia, kemudian Semangat 46 kemudian jadi ahli PAS.

Pengakuannya: “Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

Satu hal yang tidak pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap pucuk pimpinan sendiri tetapi berlaku di Kedah dan ramai juga "ahli PAS" yang termakan racun yang dibawa tupai berkenaan untuk menjatuhkan pemimpin PAS sendiri.

Tak berjaya dengan isu "kontrak selenggara jalan" yang merupakan satu fitnah, apabila kontrak yang dimasudkan itu yang kononnya bernilai RM1 bilion hanyalah hearsay, kini kumpulan tupai ini beralih dengan memperlekehkan dan memburukkan peribadi kononnya Ust Azizan angkuh, "cenge", kononnya beliau terlalu keras dan seumpamanya. Satu kaedah tipikal digunakan oleh mereka yang bankrap politik apabila gagal menyerang lawannya apabila kehabisan dan ketiadaan modal dan isu.

Dan terlalu bodoh pula ahli-ahli PAS yang ada tarbiyah mengikut tupai-tupai berkenaan. Bodoh sebodoh-bodohnya.

Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah jua, kata pepatah Melayu. tetapi ayat TGNA lebih lunak lagi: "Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan."


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Adik Mula Rindu Abang

Ioh - “Kenapa abang jalan-jalan tak balik lagi?” Itulah pertanyaan yang lahir dari Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, adik bongsu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini Rabu lalu.

Kedua-dua adik beradik itu dikatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sering bermain bersama-sama sejak kecil.

Ibu mangsa, Mazlinah Rintan, 30, berkata, ramai orang memberitahu cerita yang berbeza-beza mengenai kehilangan anak tunggal lelakinya itu.

Menurutnya, ada orang yang mendakwa melihat Yushahiriezal di Taman Cempaka, malah ada juga yang terlihat kelibat anaknya itu pulang dari sekolah bersama seorang lelaki India, kelmarin.

“Malah ada dalam kalangan rakan-rakan yang ternampak anak saya bermain berhampiran longkang besar dekat rumah,” katanya ketika ditemui di kuarters Kem Syed Putra, semalam.

Menurut cerita ibu kepada tiga cahaya mata itu, anaknya keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang selepas pulang dari sekolah.

“Selepas pulang, dia (Yushahiriezal) terus menukar baju berwarna kelabu dan memakai seluar sekolahnya serta meminta izin dari saya keluar rumah untuk bermain dengan rakan-rakan.

“Pada waktu itu cuaca masih cerah namun sejam kemudian hujan lebat melanda tetapi anak saya masih belum pulang,” katanya yang berasal dari Tuaran Sabah dan sudah menetap hampir 10 tahun di kuarters tersebut.

Mazlinah berkata, sehingga jam 7 petang anaknya masih tidak pulang dan hatinya mula berasa bimbang.

Beliau menyuruh anak sulungnya, Yusmieyirah Jidun, 14, mencari Yushahiriezal di sekitar kem dan rumah rakan-rakannya.

“Namun, Yushairiezal tidak ditemui,” katanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Ampang (kemudian kes dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh) pagi kelmarin.

Kemudian, usaha mencari anaknya mula dijalankan oleh anggota tentera dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula jam dua petang hari yang sama.

“Mereka hanya menemui seluar sekolah yang dipakai anak saya tersangkut di ranting di dalam longkang berhampiran Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) semalam (kelmarin).

“Kami sekeluarga berdoa semoga anggota penyelamat dapat membantu menemui Yushairiezal dengan segera,” katanya yang bekerja di sebuah pasar raya besar di sini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun.

Menurut maklumat awal, Yushairiezal bermain bola sepak bersama rakannya berhampiran longkang itu dan tidak pulang ke rumah.

Operasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh bermula dari longkang berkenaan sehingga ke Sungai Pinji bagaimanapun gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.30 malam kelamrin.

Bagaimanapun, sehelai seluar biru dipercayai milik mangsa dijumpai tersangkut di ranting di Sungai Pinji.

Mangsa masih dicari

Usaha mencari dan menyelamat Yushahiriezal yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya di sini giat dijalankan anggota tentera Kem Syed Putra, Jalan Tambun dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, semalam.

Pegawai Memerintah Dua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Abu Hasan Asshari Shaffie berkata, beliau bersama 12 anggota menjalankan operasi menggunakan dua bot sejak jam 7 pagi.

Mereka turut mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah untuk mengkoordinasi kawasan pencarian mangsa.

“Pencarian kami diteruskan dengan bantuan pihak bomba sepanjang operasi dijalankan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zain berkata, seramai lima anggotanya ditugaskan untuk menjalankan pemantauan di sepanjang jambatan Sungai Kinta hingga ke Chenderong sejak jam 8 pagi semalam.

“Kami memantau kawasan mengikut aliran sungai yang dikenal pasti namun setakat ini mangsa masih belum ditemui, “ katanya.

Mangsa masih tidak ditemui setakat jam 6 petang semalam. -SH

Ibu Ada HIV Sanggup Jual ‘Dara’ Anaknya Untuk Wang

Johor Bharu: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Gambar fail

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971. -hm

Majlis Pertunangan Anak Najib: Rakyat Tidak Percaya Penafian PMO

PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.

Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.

Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut. -mk


Bukti Perdana Menteri Tempah Hotel Untuk Pertunangan Anaknya!!




Ulasan GB

PMO, sama seperti Wisma Putra dahulu, cuba membuat penafiannya sedangkan bukti nyata sudah dipaparkan.

Tiada sebab pelapor perlu minta maaf tetapi Najib dan Wisma Putralah yang perlu minta maaf seperti Najib meminta maaf kepada rakyat Selangor hasil kecurangan pemerintahaan UMNO BN di Selangor.

Sebelum ini GB pernah menyatakan mengenai kenyataan penafian dari Wisma Putra:

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 Kejadian Kebakaran, Satu Di Manir & Satu Di Serdang

Kuala Terengganu – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami sejak lebih 50 tahun hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kedai Manir, Jalan Pasar Manir, di sini hari ini. Gambar: metro

Dalam kejadian 11 pagi itu, Abdul Aziz Mohd, 66, bersama lima anaknya hanya sempat menyelamatkan diri dan melihat api menjilat keseluruhan rumah mereka dengan cepat.

"Ketika kejadian, saya berada di dapur menyediakan juadah termasuk kerang rebus untuk dijual di pasar malam, manakala lima anak berada di ruang tamu.

"Tiba-tiba angin bertiup kuat menyebabkan api di dapur gas menyambar generator yang mengandungi petrol mengakibatkan alat itu terbakar dan kebetulan pula berada dekat dengan tong gas,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.07 pagi dan tiga jentera bomba bersama 13 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

"Kita berjaya memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur itu kira-kira 11.46 pagi.

"Hasil siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kebakaran itu disebabkan oleh aktiviti memasak pemilik rumah ini,” katanya. – BERNAMA

Rentung berpeluk di bilik tidur

SERDANG – Seorang ibu dan dua anaknya menemui ajal dalam keadaan tragis apabila kesemuanya terkorban manakala suami wanita itu melecur teruk selepas rumah yang mereka diami di Jalan SK 6/1, Seri Kembangan di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Gambar: ANGGOTA bomba menyiasat sebuah rumah yang terbakar hingga menyebabkan tiga beranak rentung manakala seorang melecur teruk di Seri Kembangan, Serdang, Selangor semalam.

Lebih menyayat hati apabila mayat Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, dan Yap Siew Yee, 6, ditemui berpelukan di dalam bilik utama rumah teres separuh papan dan simen itu. Mayat seorang lagi anaknya, Yap Siew Yoon, 5, pula ditemui berdekatan mereka di dalam bilik itu.

Suami Ngoc Thao, Yap Yao Chong, 43, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Serdang di sini selepas dia melecur teruk ketika cuba menyelamatkan tiga beranak tersebut.

Kejadian pukul 2.55 pagi itu disyaki berlaku akibat litar pintas namun ia masih dalam siasatan pihak bomba. Ketika kejadian, dua saudara Ngoc Thao berada di dalam rumah namun mereka sempat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Kebakaran itu turut melarat ke bahagian tepi dua buah rumah lain yang terletak bersebelahan, bagaimanapun penghuninya selamat.

Jiran mangsa, Yu Lai Di, 78, memberitahu, dia tiba-tiba terjaga selepas terdengar letupan sebelum menggagahkan diri keluar untuk melihat apa yang berlaku menggunakan tongkat.

“Sebaik keluar, saya terkejut apabila melihat rumah jiran saya sedang terbakar dan saya terus menjauhkan diri dari kawasan kejadian kerana tidak berupaya untuk membantu.
-kosmo


Lagi Kes Buntu, Nurul Zakiah Kembali Ke Sisi Keluarga, Lari Kerana Cintakan Samer

Shah Alam – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

“Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

“Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri. -kosmo


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Anak Buntu & tenggelam Punca Jadi Sebab Tinggalkan Ibu Di Hotel Bajet

Takkan tak sayang emak’

KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.

Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.



BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Ulasan GB

Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan.

Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu.

Dalam surat Al-Isra menyebutkan bagaimana kita harus memperlakukan kedua orangtua kita. Allah SWT mengatakan:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)

Di dalam sebuah hadith,

Dikisahkan oleh Abu Hurairah: Seorang laki-laki mendatangi Nabi Muhammad saw dan bertanya kepadanya, “Siapakah yang dapat aku jadikan sebagai teman dekat?” , Lalu Nabi saw pun menjawab:

“Ibumu, ibumu, ibumu, lalu ayahmu, lalu orang terdekatmu dan orang dekat setelahnya”


Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu.







Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain

Kuala Lumpur 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.

Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,”
katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.


Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. -KD


Rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes Altantuya

KUALA LUMPUR 9 Mac: Penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes Altantuya, tidak dapat menghidar rakyat dari melihat kaitan Datuk seri Najib Razak dengan kes pembunuhan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor.

Lebih menimbulkan persoalan, katanya, penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting, walaupun ia relevan.

“Jika tujuan pembunuhan tidak penting, mengapa Altantuya dibunuh?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kes tersebut, dua anggota unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.

Manakala tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat perdana menteri dibebaskan oleh mahkamah tanpa diarah membela diri.

Azilah merupakan pegawai pengiring Najib ketika menjadi timbalan perdana menteri, manakala Sirul pula ialah sebagai pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah ini tanpa sebab dan mesti ada arahan dari mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu.

“Soalnya, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?,” ujarnya.

Menurutnya, dalam kes pembunuhan Sosilawati misalnya, kes itu disiasat dengan teliti sehingga motif pembunuhan dapat diketahui.

Ia katanya berbeza dalam kes Altantuya apabila motif pembunuhan seolah cuba ditutup.

“Walau apa pun alasannya, rakyat melihat pembabitan Datuk Seri Najib dalam kes ini.

“Meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes ini amat merendahkan reputasi beliau,” ujarnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan samada perdana menteri itu sanggup memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya dalam kes pembunuhan itu.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?

“Berjiwa besarlah beliau jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap wanita Mongolia itu,” ujarnya.
-KD


Najib enggan siasat Musa-Gani, takut rahsia Altantuya terbongkar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung pemalsuan bukti dalam kes rasuah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Peguam Anwar, R Sivarasa menyifatkan Najib enggan membuat siasatan terutama terhadap Gani kerana takut penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya akan dibongkar.

Sivarasa berkata demikian mengulas pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbarunya semalam.

“Kenapa tak berani ambil tindakan, kita tidak boleh mengekalkan peguam negara (Gani) yang melakukan jenayah (memalsukan bukti).

“Ini semua kerana Najib terhutang budi dengannya ( dalam kes Altantuya). Gani telah pastikan kes Altantuya dijalankan tanpa melibatkan Najib dan membebaskan kawan baiknya Razak Baginda,”

“Jika siasatan dijalankan, (besar kemungkinan) mereka (Gani dan Musa) akan membongkarkan semula kes Najib dengan Altantuya,” kata Ahli Parlimen Subang itu kepada Keadilandaily.

Sivarasa berkata, pendedahan yang dibuat Mat Zain tentang pemalsuan bukti itu juga menunjukkan perkara sama tidak mustahil dilakukan dalam kes Fitnah II bagi mematikan karier politik Anwar.

“Apa yang telah disebut Mat Zain itu jelas menunjukkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah 1 terhadap Anwar,” ujarnya.

Mat Zain dalam surat terbukanya mendakwa hukuman salah guna kuasa terhadap Anwar pada 1998 adalah silap kerana pihak pendakwaan memalsukan bukti.

Penipuan itu dibuat melalui tindakan Musa yang menjadi pegawai penyiasat ketika itu, dan Abdul Gani selaku pendakwaraya.

Najib sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya yang diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 pada Oktober 2006.

Dua pengawal peribadi Najib iaitu ketua inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Sementara sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda turut dituduh bersubahat namun dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.