Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan.
"Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan?
"Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz.
Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.
Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi.
Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
"Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan
"Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara," kata Mahfuz.
Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp.
Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang?
"Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
"Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau.
Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan.
"Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau. -HD

Skandal NFC: Suami Shahrizat cuba alih isu- Azan
KUALA LUMPUR 25 Jan: Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Mohamad Salleh Ismail, didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat apabila menyatakan NFC Corp miliknya adalah entiti berasingan dengan NFC.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menafikan kenyataan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil itu, sebaliknya menegaskan kedua-dua syarikat berkenaan mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam projek penternakan lembu yang diusahakan.
“Datuk Seri Mohamad Salleh cuba mengalih isu. Isunya bukanlah syarikat itu milik siapa tetapi isu pokok yang menjadi perhatian rakyat ialah dana RM250 juta diseleweng.
“Walaupun kedua syarikat itu berbeza namun tetap berkait antara satu sama lain dan isu utama ialah kedua syarikat itu terbukti gagal menepati sasaran ditetapkan sehingga ditegur dalam Laporan ketua audit negara 2010.
“Bila ditegur dalam laporan audit, maknanya ada yang tidak kena dalam projek itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Azan mengulas kenyataan Salleh bahawa pihak audit keliru antara NFCorp- sebuah syarikat persendirian- dengan NFC yang dipunyai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Kita juga hairan kenapa baru sekarang NFCorp menjelaskan kekeliruan ini dan mengapa tidak selepas ia didedahkan LKAN 2010 pada Oktober tahun lalu,” soal Azan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini mendedahkan NFC gagal menepati sasaran walaupun mendapat pinjaman mudah RM250 juta melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menterinya, pada 14 Ogos 2007.
NFCorp turut didedah mengguna wang itu membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.
Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.
Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek berkenaan. -KD