Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
“Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.
"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno semalam, yang meminta maaf bagi pihak pimpinan Umno dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.
Najib, Presiden Umno, turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.
Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.
Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua.
Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. -SH

Tentang ni Pakcu cukup setuju kalau YB Husam bawa secepat mungkin ke mahkamah dan di "panaskan" kerana dah lama cerita minyak ni dijaja dan ditampal di segenap jalan dan pagar masjid.
BalasPadamKadang-kadang orang Kelantan sendiri pun tak faham dan tak tahu perkara yang sebenar...dan sejauh mana tindakan kerajaan negeri hingga kini. Kalau setakat poster yang digantung tak akan sampai kemana-mana.....
sama2lah kita hadir kuliah ugama pakcu nanti ada petunjuk dari allahtaala insyaallah.....
BalasPadampak cu sy nee bekas tentera peringkat bawahan yg kelulusan tak seberapa punnn faham akan tuntutan royalti dan sy org kelantan juga......tak ikut perkembangan semasa ka pakcu...syukur pd allah rakyat kelantan masih mahukan parti islam memerintah....itu sbb sy berani cakap ramai rakyat kelantan yg faham dan tak keliru....
BalasPadamTerima kasihlah kerana Pakcu dapat pencerahan dari anda yang berminat dengan komen Pakcu. Bab minta maaf PM tu Pakcu rasanya bagus kerana kesilapan tetap berlaku pada manusia termasuk Pakcu.
BalasPadamCuma Pakcu nak tanya YB Husam amacam dengan projek kambing japari dan projek depu tu...???
Agak-agak bila hasil dapat di tuai...Pakcu pun rakyat Kelantan juga nak tau perkembangan jah......
Saya maafkan umno slps umno jadik pembangkang..haha.
BalasPadam12 kali buat salah lagi harap mau diberi peluang?
Diulangi, DIMAAFKAN slps Allah tetapkan umno jadi pembangkang.
Untuk tahu, pakcu perlu baca Akta Petroleum 1974 dan ambil tahu sikit tentang pengurusan kes oleh mahkamah di Malaysia dan perangai peguam kerajaan. Nak cepat macam mana, proses mahkamah lembab tambahan pula yang melibat dan menguntungkan kerajaan Kelantan.
BalasPadamtah2 Pakcu Rantau Panjang ni org amno karat tapi menyamar jadi org yg berminat kpd kebenaran, dah banyak kali dah dia ni suka menyanggah kebenaran yg terbentang depan mata, dlm pada tu dok perli2 pemimpin pas, buat2 tak paham atau dia ni SB atau cybertrooper amno.
BalasPadams'body tlg siasat.
Petronas sudah membayar, tetapi pihak kjaan BN tidak amanah dan tidak membayar kepada Kjan Kelantan.
BalasPadam