12 Dis 2012

TGNA Akan Nikahkan Apex, Leuniey

Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri. -SH

8 ulasan:

  1. Apek akan brpesta gol....tapi pastikan gawang apek x dbolosi gol...apa apa pun slmat pmgatin baru hidup rukun damai. GOMO KELANTAN GOMO.
    Pminat setia red warrios.

    BalasPadam
  2. biarkanlah ayah dia nikahkan TGNA.... harapan sy agar TGNA carilah org yg tak dikenali dan nikah kan mereka lebih baik insyaallah......dan alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana pilih TGNA, tanda penghargaan kepada TGNA dan bolesepak negara

    BalasPadam
  4. persoalannya sekarang adakah puak2 UMNGOK akan halang(dgn apa2 cara) siaran langsung akadnikah apex ni?
    klu dibenarkan nanti keluar muka TGNA bagi khutbah pulak...ekekeke

    BalasPadam
  5. ada bersanding.
    pengantin ppn pun buka aurat.
    minta Apex & bakal isteri jaga syariat agar tak jadi fitnah untuk TGNA.

    BalasPadam
  6. TGNA naik lagi nama dikalangan orang muda

    BalasPadam
  7. yg pasti Jurunikah TIDAK SAMA dgn wali.. diulangi Jurunikah TIDAK SAMA dgn wali

    BalasPadam
  8. Moga barakah dr TGNA akan mybbkan isteri apex diberi hidayah oleh allah agar bertudung..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.