15 Dis 2012

Pendedahan Deepak - Kenapa Engkau Membisu Wahai Najib, Wahai Rosmah?

AMK mahu Najib jawab dakwaan Deepak

Ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan dakwaan yang ditimbulkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tidak melarikan diri daripada isu berkenaan.

"Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan.

Lee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri.

"AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain.

"Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya.

Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya.

Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut. -mk

Najib ada peranan tarik balik akuan bersumpah Bala – Deepak

KUALA LUMPUR 14 DIS: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.

“Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

“Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level,” kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Mengikut Malaysia Kini, SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.

“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

“(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

“Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

“Saya telefon Bala… Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD,” dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

“Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia,” katanya


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

  1. mudah2an roh Altantuya mencekik leher semua org yg terbabit membunuhnya,biar kerongkong mereka rosak binasa tak boleh lagi makan dan berkata kata, biar mereka mati dalam ketakutan dan kehinaan...amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang zalim dan melakukan perbuatan terkutuk seperti ini lambat mampos di panjangkan umur oleh tuhan.sebab tuhan memperlihatkan kepada generasi seterusnya supaya mereka tahu inilah jenis manusia yang mungkar dan akan di humban ke api neraka.

      Padam
  2. Mudah-mudahan semua pihak yang terlibat dengan pembunuhan ini (tak kira siapalah) telah bertaubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatan mungkar lagi.

    BalasPadam
  3. Takut kerana salah, berani kerana benar. Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  4. Mengapa kau termenung
    mengapa kau membisu
    hiburkanlah hatiku.....

    BalasPadam
  5. Lee Khai Loon Ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK).Seharusnya mngambil tanggongjawab sebagai warga negara yg mndaulatkan undang2 negara mbuat laporan polis, dakwaan yg dibuat olih Deepak Jaikishan, bukan hanya pandai bercakap mencari publisiti politik murahan mnjelang PRU 13. dakyaan Deepak keatas Najib adalah isu jenayah yg tidak boleh dipandang ringan.

    BalasPadam
  6. Segala puji bagi Allah tuhan yang mencipta sekalian alam. Yg lagi pemurah dan pengasihani, dan yg juga mentadbir hari pembalasan, kepada engkau kami sembah, dan kepada engkau kami meminta pertolongan, tunjukkan lah kami jalan yg lurus, iaitu jalan yg enkau beri nikmat, bukan jalan yg engkau murkai, dan bukan juga jalan yg sesat... Amin.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.