4 Dis 2012

Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

16 ulasan:

  1. SEDAP SEKEJAP KECEWA BERPANJANGAN.

    BalasPadam
  2. mentang2 ketua pengarah... salah pun di turunkan pangkat hanya 1 takuk je! lain2 tindakan tatatertib aln di putuskan kemudian!
    yg berjwatan hnya jururawat bila bersalah hah tak agak2 kna turunkan pangkat 3 takuk! hukuman mandatori!
    ni lah keadilan versi UMNO yg selama ni menghasilkan spesis Umat Melayu Naif Otak nya!
    Renung2kan lah...
    Brjawatan besar buat salah pun ok!
    yg bjwatan kecik buat salah ko!
    Be End ko ko Be End.. UMNO ko ko ko Be End!

    BalasPadam
  3. jgn lupa hukuman akhirat lebih dahsyat lagi

    BalasPadam

  4. Sepatutnya diberhentikan kedua-duanya agar menjadi tauladan semua.

    BalasPadam
  5. Sesetengah yang ada dalam kabinet lebih teruk daripada ini.

    BalasPadam
  6. siasat juga pompuan tu naik pangkat macammana,,melalui pintu depan ke atau pintu belakang,,kan apa lain macam ajer.....

    BalasPadam
  7. ya... patut diberhentikan kedua-dua.
    inilah hasil dari undang2 parti yg semakin mereput.

    BalasPadam
  8. Perspektif tugas dan tanggungjawab vs perangai dan muarah harga diri,membabitkan dunia akhirat,kita manusia dicipta Allah utk menghukum ciptaannya,hukumlah sebenar2nya berlandaskan,enikment bab/syeksen/ciptaan manusia,kerja ini bila2 berubah atas arahan ketua,kita jgn memandai2 dan sibuk tanpa periksa siapa mereka dan siapa kamu....kes mcmni biarlah Allah menghukum mereka,dan karier didunia ikutlah perikemanusiaan berlandaskan iman....prof & pengalaman mertahun2 siasia ingat kita ini boleh berlaku dgn kita/keluarga/anak2...dan apa perasaan anda d cemoh hina...so renung2kanla

    BalasPadam
  9. Jururawat tu kalau pasangan org biasa tu misti ditamatkan jawatan, ini org besar2 kena turun gred je le. Kalau tamat jawatan nanti orang kata apa hal dengan pasangan tak kena pula. Hukum dunia2.

    BalasPadam
  10. kalau gualah
    jadi pegerusi spa.
    gua terajang dia keluar.
    entah2 esok,
    ramai lagi nurse
    yang diajaknya berkhawat.
    tak logik langsung
    "musang berbulu ayam" ini
    terus berada
    di kementerian kesihatan.
    dulu, ingat chua soi lek.
    ingat kementerian kesihatan.
    kini, ingat hasan abdul rahman.
    ingat kementerian kesihatan.
    haramjadah betul!...

    BalasPadam
  11. sbb tu org gomen kena

    sokong umno.. turun pangkat etc.
    tak sokong umno .. buang/pecat

    BalasPadam
  12. Terror Datuk Seri nih... rakyat kerja bagai nak rak, bayar cukai nak bagi dia gaji...datuk Seri boleh lepak main doktor doktor yea. tengok rupa badan masing masing nampak sangat hidup senang, berat tulang baik jantan pun betina nya pun sama jugak.

    Datuk Seri, Datuk Seri...

    BalasPadam
  13. Kementerian Kesekshatan. Pernah dipelopori oleh menterinya Chua Soi Lek. Sekarang diteruskan oleh Ketua Pengarahnya pulak... Akan datang?

    BalasPadam
  14. minta jauh bala CSL rupanya datang kembali dikementerian yg sama apa dah jadi...nurse2 yg comel tu waa punya,hah tu waa punya..mcm bujang lapok 1 utk kau 1 utk aku...bila aku janji dgn umnog gitulah perangainya..

    BalasPadam
  15. Yg kena tngkap khalwat turun pngkat je yg g ceramah pr terus buang ..mmng cibai punya undng2,xth ke beza yg mane lebih mudharat..baik spa atau jawi main politik kuat sgt,tp xpe ada baik nye utk rakyat mdham dpt melihat yg mane bagus bn ke pr...

    BalasPadam
  16. huh memalukan jururawat jo...bwk2 la bertaubat matron...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.