26 Dis 2012

Isu Tapis Calon: Siasat Najib Razak Dan Taib Mahmud Dahulu!

Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin,” kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.

Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.

Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an,” ujar Nie Ching.

Beliau juga menambah seorang lagi ahli politik yang mesti disiasat secepat mungkin ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut beliau, laporan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland, Bruno Manser Fund menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai RM64 bilion, dengan harta kekayaan Taib sendiri bernilai RM46 bilion.

“Adakah Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan menukar fikirannya dan tidak mahu calon BN disiasat untuk amalan rasuah?” ujar Nie Ching lagi.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP turut menyarankan supaya calon BN melakukan pengisytiharan harta secara terbuka sekiranya mereka benar-benar serius mahu mempamerkan imej yang lebih bersih.

“Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berubah, jika tidak mereka mesti bersedia untuk diubah oleh rakyat pada PRU-13 nanti,” tambah beliau. – Roketkini

7 ulasan:

  1. CADANGAN AMAT BERNAS DARI NIE CHING ! BERGELIGA OTAK DIA ! ABU JANGAN LUPA !

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong sangat2 ABU...ABU..ABU..
      Asal Bangang Umno!
      Asal Bengong Umno!
      Asal Bodek Umno!
      Asal UMNO?
      tu lah Umat Melayu Naif Otak nya!
      Pencenkan umno be end!
      usah abaikan doa2
      hancurkan umno
      be end ko ko be end!
      ko ko ko umno!
      umno ko ko be end!
      Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan! jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca PRU ke 13 pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka! Kita realitikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!

      Padam
  2. Pegawai2 SPRM ini bukan hendak siasat Jibby dan Pek Moh. Mereka lebih suka tengok laman web lucah di pejabat.

    Ketua Pesuruh Jaya SPRM Dato (tak ber)Seri Abu Kasim Baba mana boleh tengok Ali Baba dan orang amenoo/bn lain kaya.

    Aloyaaahh! Kanda tak boleh tidorlah. Macam mana Ali Baba dan orang amenoo/bn boleh jadi kaya. Kanda susah hatilah. Kanda pun hendak jadi kaya. Musa Aman boleh dapat RM40 juta. Anak Nazri Ajis boleh dapat hummer.

    I help you, you help me lah.

    BalasPadam
  3. Satu lagi tujuan Najib ialah untuk mengenal pasti calon calon dari PR yang mana mereka boleh mengkaji kelemahan calon dari PR tuuuu supaya cepat mereka ujudkan isu pada calon calon tersebut.
    Pada pandangan Tok, PR tak perlu menghantar nama nama calon kepada SPRM & SPRM banyak lagi kes kes besaryang belum selesai.

    BalasPadam
  4. Kenapa selepas 55 tahun baru isu ini nak diperkatakan & dilaksanakan? Apakah selama ini BPR (dulu) atau SPRM sekarang tak ade keje atau tak uat keje? Jangan2 nak buat helah bila Taib Mahmud atau pengkorup2 yg sewaktu dgnnya dpt bertanding, BN akan dakwa: Hah! tenguk kan dia TAK RASUAH... SPRM bersihkan name perasuah!!

    BalasPadam
  5. datuk seri mintaku duit
    minta seringgit membeli coklat
    parit pekan bungawan mohon di
    servise

    BalasPadam
  6. SPRM sendiri pun ada makan rasuah, macam mana nak surah dia siasat PM dan Taib Mahmud kalau diaorang sendiri pun makan rasuah. Sorrylah bro SPRM dah jadi alat UMNO dah mesti dibubarkan apabila Pakatan memerintah dengan menggantikan badan pencegah rasuah yang baru, jenis yang tidak memilih bulu dan bukan makan rasuah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.