11 Dis 2012

Bukti BN Perlu Ditukar: Robert Phang Berkuasa Ke Atas Polis


Musa Hassan Desak Robert Phang Minta Maaf Atau Hadapi Saman

PETALING JAYA: Malaysian Crime Watch Group (MyWatch) hari ini mendesak Tan Sri Robert Phang (gambar> memohon maaf berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang mengaitkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut dengan sindiket kongsi gelap.

Penaung MyWatch, Tan Sri Musa Hassan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Robert Phang melakukan hal demikian sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.

"Ianya merupakan kenyataan yang jahat..... MyWatch dikaitkan dengan kongsi gelap kerana hanya saya berada di sini (dalam MyWatch).

"Jika dia berdendam dengan saya, dengan saya sahajalah..... Jangan babitkan NGO.

"Saya beri masa tiga hari untuk beliau meminta maaf sebelum kami berunding dengan peguam dan memulakan saman undang-undang terhadap beliau," kata beliau pada sidang di Hotel Hilton di sini.

Phang sebelum ini telah menakut-nakutkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa telah 'tidur' dengan bekas musuh mereka, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa turut mendakwa ketika beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 hingga 2010, Phang selalu berjumpa dengan beliau menawarkan diri sebagai penasihat.

Robert Phang

Phang mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik sebagai penasihat sedangkan sebelum itu beliau merupakan penasihat kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.


"Saya cakap saya tidak perlukan penasihat, saya boleh fikir sendiri... Phang ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana khuatir media akan salah ertikan maksud Musa.

Sebaliknya beliau meminta Musa mengeluarkan kenyataan media secara bertulis dan beliau akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Musa.

Dalam perkembangan lain, Musa enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff yang mendakwa Musa telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Ketua Polis Negara.

Malah beliau mempersoal bagaimana Ramli mendapat kemewahan dan siapa yang mengarahkan beliau menggunakan platform polis untuk memburuk-burukkan Musa.

"Saya pun hendak komen juga, saya hendak tahu siapa di belakang dia sehingga dia diberikan platform di dalam polis untuk menghentam saya?

"Saya rasa dia (Ramli) patut jawab pada umum bagaimana dia dapat kemewahan atau kekayaan yang begitu banyak semasa masih lagi berada di dalam pasukan (polis)," soal beliau lagi.

Sebelum ini, pendedahan Musa berkaitan campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam penyiasatan polis telah disalah anggap oleh pihak tertentu bahawa beliau mempunyai hubungan politik dengan Pakatan Rakyat.

Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.


Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.

"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.

Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras
, dakwanya lagi.

Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.
-mk

Bagaimanapun, Musa turut mengakui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, turut cuba mengarahkan Musa untuk mendedahkan laporan penyiasatan mengenai '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'. -MalaysianDigest

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.





6 ulasan:

  1. Lu orang semua gangster sama saja. Ada kuasa disalahgunakan. Patut hantar ke Firing Squad.
    Gua cadangkan masing2 siapkan bukti kpd semua kenyataan anda . lepas tu kita duduk semeja kita lawan perang mulut. Panggil la mana mana Prof jadi moderator.
    Amacam setuju tak!

    BalasPadam
  2. kalau macam ini matilah kita, rakyat marhaen....................
    macam colombia rupanya......

    BalasPadam
  3. alhamdulillah. berkat doa yg diaminkan bersama tuan guru nik razi tempoh hari,pelbagai peerkara pelik yg blaku yg tdak penah kita fkitkan akan blaku. adakah ini ptanda mereka yg zalim akan menuju kehancuran.

    BalasPadam
  4. teruknya cerita2 dibelakang tabir ...sedihnya sgt rakyat marhaen kerana Malaysia diuruskan sebegini oleh umnoapco

    BalasPadam
  5. Menjadi kebiasaan dalam perkhidmatan awam sekarang, yang jujur akan menjadi mangsa. Tidak disukai dan susah naik pangkat dan sebagainya. Contohnya pegawai polis yang ada PhD trsebut. Dia ada integriti dan maruah. Pemerintah UMN/BN pun tak suka pegawai seperti ini. Sebab itulah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berlaku dalam perkhidmatan awam dan pentadbiran politik.

    BalasPadam
  6. PDRM mmg dah busuk dari kepala hingga ke ekornya. Bila PR memerintah semua kecelaruan dan kebinasaan ini diharap dapat diperbaiki semula. InsyaAllah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.