11 Dis 2012

Bekas KPN Sendiri Ragu Statistik Sebenar Jenayah

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.

Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan.

Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya.

Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik.

Dedah statistik jenayah

Musa juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka statistik yang sebenar jenayah negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

Musa menyatakan, angka statistik yang diumumkan sebelum ini hanya merujuk kepada jenayah jalanan sahaja tetapi tidak merangkumi jenayah-jenayah lain.

"Kita melihat pada NKRA kerajaan hanya mengumumkan kadar statistik jenayah yang melibatkan jenayah jalanan sahaja iaitu seperti ragut dan sebagainya.

"Tetapi apa yang berlaku pada jenayah-jenayah lain seperti pecah rumah mahupun bentuk-bentuk jenayah yang lain, apakah kadar statistik jenayah tersebut,"
jelasnya.

Menurut beliau, rakyat sebenar keliru dengan kadar statistik yang diumumkan apabila kerajaan mengatakan kadar jenayah telah menurun sedangan rakyat terus mempersoalkan jenayah yang sering berlaku disekeliling mereka.

"Kerajaan perlu mendedahkan yang sebenar tentang kadar statistik jenayah biar semua tahu dan rakyat akan mengetahui kedudukan mereka dalam situasi jenayah negara," kata beliau lagi.

Beliau yang mengulangi masih menyayangi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan berharap agensi tersebut dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

2 ulasan:

  1. Jenayah menjadi2 pasal suasana kepimpinan malaysia sekarang... masa kau jadi balaci angkat tilam dan jadi kepala polis kami nampak ko pun sama je la musa... masa ada kuasa semua tak nampak.. takkan sekarang baru celik!!?? Atau dah taubat nasohah... kalau dah taubat alhamdulillah laa.. nak bongkar semua.. bongkar!! Jangan simpan lagi.. bongkar!!!

    BalasPadam
  2. kita sebagai org islam maafkan lah dia kalau dia dah berubah...sama2 lah ajak dia berjuang utk rakyaat yg tertindas dan tertipu ..... selamat berjuang bersama mereka yg berjuang hulur2 la derma sikit2 utk perjuangan islam.... kalau pencen penuh lah.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.