Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno
Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.
"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.
Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.
"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.
Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.
"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.
Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.
"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.
Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di masjid'.
Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor. -mk
Ulasan GB
Yang merasakan dirinya kafir kerana termakan cili, maka terasalah pedasnya.
Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan "orang yang buat salah memang selalu gelabah!"
Kedua, amanat-amanat yang di bawah ini pula nak diletakkan di kategori yang macamana? Mufti, ulamak dan sekalian pencacai UMNO tiba-tiba jadi bisu kesemuanya?
biasa la dah dkt PRU 13 cari isu selongkar isu......sbb tak ada isu utk jatuh kan PAS....
BalasPadamDepa dah jadi murtad tanpa depa sedar tapi tak suka orang lain tegur. Depa dok ingat depa lebih alim daripada orang lain walaupun tindak tanduk depa dah tersasar dari Islam.
BalasPadamSebiji macam Samy Vellu. Ingat tak Samy Vellu amat marah kalau kita panggil orang India, "Kerling". Bukankah Kerling tu sebahagian daripada orang kat India? Istilah ni dah wujud zaman Kesultanan Melaka lagi.
Tak ada apa yang nak dihairankan dengan puak ni. Fitnah dah darah daging depa. Depa bukan setakat fitnah orang Islam dari PAS. Antara depa pun, depa buat juga. Dasar munafikun. Muka saja manusia tapi jelmaan syaitan laknatullah.
Saya cuma mngharapkan agar rakyst yg mahu berubah jgn terpedaya dgn fitnah dajjal umno ini.mari kita undi pr untuk generssi kita yg akan dtg.agar agama islam itu berada d tmpt yg spatutnya.
BalasPadamDah tak ada modal. Sekarang main isu agama pula kerana isu-isu fitnah rakyat dah tak layan.
BalasPadamnasib baik masa pergi
BalasPadamsabah dan sarawak,
tuan haji hadi awang (thha)
tak disarungkan dengan
songkok kristian
sebagai penghormatan.
kalau tak, jadilah nasib
thha macam razali hamzah
suatu ketika dulu.
itulah kerja bn/umno dulu,
kini dan selama-lamanya.
haramjadah betul mereka ni...