8 Dis 2012

Allah Lebih Menyayanginya... Bekas OCPD Slim River Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis.

Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi.

Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin dijangka akan menziarahi Allahyarham di kediamannya dan jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini.

Kehilangan Allahyarham sebagai seorang ahli PAS amat dirasai kerana sehingga kini pendedahannya langsung tidak dijawab Umno mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi antara agensi pelaksana kegiatan jahat tersebut

Jalan Pulang dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang soleh.

AL FATIHAH

sumber: jalanpulang

4 ulasan:

  1. semuga dihimpunkan bersama sama para solihin,amin dan alfatihah

    BalasPadam
  2. Al fatihah.. Dia jiran aku.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah swt mencucuri rahmah dan sakinah buat roh Allahyarham.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.