Nurul Izzah serahkan transkrip ucapan forum kepada Jais, saman terhadap akhbar diteruskan.
SHAH ALAM, 9 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin untuk memberikan penjelasan dan menyerahkan transkrip ucapannya berhubung dengan forum yang menjadi kontroversi kerana dikatakan beliau menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam di negara ini.
“Saya telah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada pengarah Jais, Datuk Marzuki.
“Dan Alhamdulillah Jais telah memberikan kerjasama yang baik,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas bertemu dengan Jais.
Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidik bertemu dengan pengarah dan tiga orang penguatkuasa Jais turut menyatakan kerjasamanya kepada badan penguatkuasa Islam negeri Selangor tersebut.
Fadlina memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu.
Semalam, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah.
“Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.
“Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ..... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia,” katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.
Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.
“Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam,” katanya.
Dalam kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Nurul Izzah menjelaskan selain daripada menyerahkan transkrip ucapannya kepada Jais, beliau turut membuat aduan kepada Jais terhadap manipulasi kenyataannya yang dilakukan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog.
Kenyataan yang didakwa dibuat Nurul Izzah tentang kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam mendapat respon negatif pelbagai pihak.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah tersebut. -TMI

Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana?
KUALA LUMPUR: Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah ‘kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan’, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.
“Beliau menjelaskan ‘sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam’, kenapa Umno terus bising,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.
“Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.
Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga.
Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam.
Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid ‘mati’ sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.
Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam.
“Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam,”
BalasPadamKenapa Melayu mesti disebut dahulu kemudian baru Islam?
Maksud terus terang salah, sepatutnya Islam yang penting itu disebut dahulu.
terang2 dah nampak salah kat situ.
Umno umpama tikus mmbaiki labu...sume komen utk kpentingan politik,..syabas nurul izzah krn berani tmpil menynggah tindakan umno yg xcerdik itu..
BalasPadamKenapa Sultan Selangor selalu terkejut dengan kenyataan dari pihak Pihak PR tapi tak pernah terkejut dengan kenyataan dari pihak BN????
BalasPadamkalaulah tak ada akta Hasutan, sudah tentu Sultan Selangor .... entah le. Sultan sepatutnya berkecuali dalam hal-hal sedemikian. Siasat dahulu sebelum bercakap. Kan dalam Islam suruh kita menyiasat suatu perkhabaran yang dibawa oleh manusia lain terutamanya manusia fasik, apatah lagi munafikun. Sultan yang cerdik sahaja akan disanjung tetapi kalau sebaliknya, akan disanggah dan mungkin akan diperaibkan.
Religion is something very personal. It is between an individual and God. Thing become complicated when someone try to act on behalf of God and beyond God. God don't punish anybody who don't believe and has no faith in Him. In Malaysia, if you are Malay and open your mouth to question about Islam, you are dead!
BalasPadam