11 Nov 2012

Umno Guna Agama Untuk Raih Keuntungan Politik – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno BN menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi mangsa.

Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa.

“Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya.

“Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit.

“Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi,” kata Ketua Pembangkang itu.

Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewas Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Raja Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya.

“Perlawanan ini antara rakyat dengan kerajaan yang korup. Inilah masanya untuk rakyat mengatakan tidak, kepada mereka,” katanya depan 700 orang pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Bulatan Little India, Brickfields, di sini malam kelmarin.

Depan 2,000 orang di padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada malam samapula, Anwar berkata tidak ada maknanya Islam seseorang itu jika agama diperalat untuk kezaliman dan menindas.

“Walkaramah itu keadilan, kita sebagai umat Islam dituntut memberi keadilan untuk semua dan angkat darjat manusia.

“Ini disebut Ketua Ulama SeDunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku terbarunya (Kebangkitan Rakyat).

“Di Mesir, ada minoriti Kristian. Semasa berlaku serangan ke atas gereja oleh pelampau Mesir, anak-anak muda Islam bina benteng pertahankan penganut Kristian.

“Kerana apa? Kerana mereka mahu pertahankan umat manusia dari kezaliman. Semasa serangan gereja di Petaling Jaya dulu, Ustaz Haji Hadi Awang juga tolak kekerasan terhadap agama lain dan minta gereja tidak dirosakkan.

“Kalau orang Melayu dengan Cina bergaduh, yang untung Umno.Islam dengan Kristian gaduh, yang untung Umno,” katanya.

6 ulasan:

  1. "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"11 November 2012 pada 11:42 PG

    Salam semua,

    Maaf penjelasan dibawah ini nampak panjang tetapi masih tergantung kerana ruang yang terhad.

    Kesian dan malang buat Mahathir...! Perlu diingat bahawa angkara buruk ini banyak dihasilkan oleh beliau yang jelas-jelas telah menyemaikan & menularkan wabak kepada Rakyat Malaysia dengan menyuntik 3 virus kepada rakyat Malaysia.

    Tujuan virus ini disebarkan adalah untuk menguasai pemikiran, akal & tenaga pemimpin serta Rakyat dibawahnya.

    Virus Sindrom ini di sebarkan dengan berkesan melalui agen-agen media televisyen & media akhbar yang dikuasai selama berpuluh2 tahun. Tempias Virus Sindrom ini juga tidak terkecuali kepada semua Raja2 Melayu yang hasilnya menjadi senyap membisu.

    3 virus yang dimaksudkan adalah :-
    1) "Virus Sindrom Ugutan"
    "Virus Sindrom Ugutan" ini amat berkesan contohnya "kenyataan bahawa pertumpahan darah antara kaum boleh berlaku dengan diungkit peristiwa 13 Mei", contoh lagi "mengadu-dombakan Rakyat supaya bercelaru terutamanya dalam soal agama dan bangsa" contoh lagi "dibukanya fail dan menunjukkan perlakuan buruk pemimpin yang hendak diugutnya". Contoh lain yang tidak terkecuali kepada seluruh Melayu adalah sentimen ungkapan "Melayu mudah lupa-Bangsa lain hilang percaya". Contoh lain "Ugutan kepada Raja2 Melayu akan hilang kuasa" dan banyak lagi. Fikirlah sendiri.
    2) "Sindrom Harapan"
    Virus Sindrom Harapan pula amat berkesan untuk melenakan Pemimpin di bawahnya dan Rakyat contohnya "Projek Mega" yang kononnya memberitakan bahawa beliaulah seorang pejuang harapan untuk menganjakkan Melayu dan Malaysia serta dapat memelihara negara dengan pelbagai projek mega dimata dunia walhal inilah caranya untuk menyamun wang negara". Contoh lain "Harapan menaikkan pangkat kepada siapa jua yang dapat membuat kerja-kerja kotor contohnya "Kenaikan pangkat Menteri sehingga majoriti mereka tidak berkualiti, mencacatkan Sistem Kehakiman-Hamid Omar dinaikkan pangkat dan Salleh Abbas dipecat". Dalam politik, lihat sahaja Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim..! Dimana kesudahan mereka? Banyak lagi, fikirlah sendiri. #Buat Anwar kalau diberi peluang untuk naik PM, hati-hatilah bahawa Allah dan Rakyat adalah HAKIM ke atas tindak tanduk anda.

    3) "Virus Sindrom Takut"
    Virus Sindrom Takut ini menular apabila dirasakan maklumat yang boleh mengancam dirinya akan bocor atau apabila kedudukan politiknya akan tergugat contohnya "Kes Memali-Ust Ibrahim dan berbelas orang lagi dibunuh", "Kes BMF-Abd Jalil dibunuh". "Gugatan Tengku Razaleigh-UMNO lama dikuburkan". PATI ramai2 di beri IC, rakyat jadi takut.

    Semua di atas adalah dalil bahawa Bumi Malaysia telah dicemari oleh pemimpin kotor dan jahat. Sehinggakan anak Mahathir buat arakpun, tiada siapa yang peduli. Ini tanda malapetaka.

    Hairankan? Masih ramai lagi yang masih melekat Virus Sindrom di atas
    dibatang tubuh mereka.


    "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"

    BalasPadam
  2. "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"11 November 2012 pada 11:45 PG

    smbungan.."PUNGGOK RINDUKAN BULAN"

    Semua di atas adalah dalil bahawa Bumi Malaysia telah dicemari oleh pemimpin kotor dan jahat. Sehinggakan anak Mahathir buat arakpun, tiada siapa yang peduli. Ini tanda malapetaka.

    Hairankan? Masih ramai lagi yang masih melekat Virus Sindrom di atas
    dibatang tubuh mereka.

    Perlu diingat, suntikan wabak diatas ini telah berjalan dan disebarkan dengan penuh licik dalam tempoh 21 tahun(waktu kritikal) sehinggakan penularannya kepada Rakyat Malaysia dan generasi baru sedia ada, masih lagi berterusan. Ada pemimpin dan Rakyat yang masih fobia, ada yang hilang jati diri dan bersemangat lesu ke atas sensitiviti persekitaran, sosial dan politik.

    Inilah risikonya apabila tersilap memilih Pemimpin yang menyebabkan tergadainya Agama, Bangsa dan Negara.

    Sindrom di atas ini akan hanya dapat dipulihkan dan disembuhkan sepenuhnya dalam jangka masa 07 tahun mendatang dengan syarat "UMNO Baru" tidak lagi berkuasa. Kenapa 07 tahun mendatang? Kerana pusingan alam antara baik dan buruk adalah 7 tahun mengambil dalil Nabi Yusuf AS dalam soal pusingan atau cycle.

    Lagi, kenapa 7 tahun mendatang? Sebabnya Mahathir hanya buat kerja baik selama 7 tahun sahaja sepanjang pemerintahnnya. Pengganti beliau juga sama dimana ketular beliau kepada Pak Lah dan Najib sepanjang memerintah telah membuat kerja dan prestasi buruk selama 7 tahun.

    Walaupun kerja buruk itu nampaknya masih berjalan, tetapi dalam masa yang sama ianya signal baik untuk Rakyat. Kenapa ianya baik untuk Rakyat? Kerana ini di namakan proses kesedaran dan penjahanaman UMNO Baru. Betul ke.. ini boleh berlaku? Apa tidaknya bahawa tanda-tanda besar kejatuhan telah berada didepan mata. Kan dulu Rakyat takut bersuara tetapi sekarang dikedai kopipun Rakyat dah peka. Dalil Qurannya mana? Waqul-jaa-alhaqqu-wazaqal-bathil. Innal-baa-thilaka na-zahuuqa-Tengok sendiri Surah Isra ayat 81.

    Sekarang bagaimana kita hendak menyumbangkan saki-baki usia yang ada? Senang je... turun ramai-ramai dalam PRU 13 dengan Slogan "BERUBAH SEKARANG", "BERANI SELEPAS TAKUT", "1 BAWA 10", "AKU BUAT KERJA INI KERANA ALLAH" mana-manalah...OK JE...!

    "PUNGGOK RINDUKAN BULAN"

    BalasPadam
  3. lain perkara orang cakap lain yang UMNO bincang, putar alam kerja UMNO dan medianya

    BalasPadam
  4. Menyampaikan apa yang PUNGGOK RINDUKAN BULAN perkatakan kepada setiap rakyat bukan lagi hanya terletak kepada pemimpin PR tetapi seluruh rakyat yang punya kesedaran terutama sekali kepada keluarga dan saudara mara; selain daripada rakan taulan.
    Sekiranya ini dapat dilakukan bersama dengan TUNTUTAN BERSIH; bukan sahaja UMNO/BN dapat ditumbangkan malah pemimpinya dapat diheret kemahkamah untuk dibicara kerana rasuah dan salah guna kuasa...Insyaallah!

    BalasPadam
  5. Saya seorang ahli PAS 'walkaramah' yang dilaungkan DSAI memang bertetapkan sekali dengan perubahan politik diMesir beragendakan memelihara 'Injil' yang sepatutnya telah lama untuk dijadikan rujukan lagi-lagi rakyat benua Afrika.'walkaramah' yang melanda Mesir tak selari dengan aliran agama langit dianuti disini contohnya kemurtadan penganut Kristian secara rata-ratanya adalah dari kaum Cina dan India yang secara ikhlas tak boleh menerimanya atas sebab bukannya kurang minat tetapi tak masuk akal disebabkan mereka berasal dari bangsa yang kaya denga tamaddun lampau dari segi rohaniah/spiritual.Kalaulah taipan saya bercanggah dengan perjuangan saudara DSAI saya meminta berjuta maaf malahan taipan saya adalah pendapat saya secara individu tak mahu mencemarkan PAS. SERIOUS MOONLIGHT....Salam.

    BalasPadam
  6. Utk ahli PAS, PKR, DAP & pendokong serta penyokong PR! Usah kita bertelagah dgn perbedzaan pendapat kalangan kita! Itu adalah lumrah dlm sesuatu jamaah. Selagi kita tidak mengunting dlm lipatan selagi itu kita masih boleh mencambahkan fikiran dgn perbedzan2 pndngan & perspektif antara kita!
    Agenda utama PR adlah menumbangkan UMNO Be End pd PRU ke 13 nanti! PR sudah berada dilandasan yg betul maka usah terheret keluar landasan dek perbezaan pendapat serta mainan emosi adu domba puak2 UMNO Be End malah kekadang mereka sangup mengaku ahli parti kalangan PR!
    PAS tetap dgn agenda menegakan Daulah Islamiah. Visinya adlah Islam utk semua! Bukan semuanya nak dijadikan islam dlm kemajmukan negara kita tpi segala ruang lingkup kehidupan harus diukur buruk baik nya melalui perspektif islam bersanadkan Al Quran, Hadis & Sunnah RasulAllah!
    Islam tidak boleh dipisahkan dgn politik malah kita perlu mrealisasikan 'inasholati wanusuki wamahyaya wamamati lilahirobbilalamin.' Dlm segenap kehidupan kita bertangungjawab utk melaksanakan 'amar makruf nahi mungkar' ni misi perjuangan perjuangan PAS menurut kefahaman saya.
    Dlm 1 team bola, jika gol kita bolos 1 jaringan mana mungkin kita akn salah menyalahkn antara rakan sepasukan sedangkan masa permainan masih berbaki 20 minit! Kita wajib bersama berpadu mengembeleng tenaga sekurang2nya menyamakn jaringan lantas menambahkan jaringan lagi utk meraikan kejayaan sepasukan. Nah kalu dh berjaya barulah posmotem dibuat diluar gelangang! Dimana lemah, kuatkan!, dimana silap, baiki!, ini hanya anologi dlm gerak kerja sepasukan utk mencapai kejayaan.
    Apa pun jom kita beramai2 meraikan 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Bukit Jalil pd 12 Januari 2013 nanti. Pendokong & penyokong agenda2 PR kena datang beramai2. Laungkan pdmsahabat bisikan pd kekawan & jeritkan pd Umat Melayu Naif Otak Be End, suara rakyat suara keramat!
    Ayuh ubah sebelum parah membarah!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.