Nik Aziz: Tak salah doa jatuhkan Umno-BN Kota Bharu – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.
Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.
“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.
Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.
Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.
“Tak kira siapa pun, tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu,” katanya. -SH
Pas: Doa 'KO BN' khusus hadapi PRU13 .
PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, doa yang dialunkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan di bumi anbia.
"Kita selalu (doa) dah dalam khutbah," katanya.
Namun kata beliau, boleh juga menganggap doa pada malam tersebut merangkumi rakyat di rantau itu kerana "dalam doa itu sudah diumum untuk menangkan mereka yang dizalimi jadi....termasuklah Palestin.
" Hadi diminta mengulas kritikan pimpinan Umno termasuk blogger-blogger berhubung doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas yang meminta kehancuran Umno-BN.
Hadi menyatakan pendirian itu pada satu sidang media di sini, hari ini.
Dalam doa itu, Nik Razi Nik Mat meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.
Doa itu juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun tidak sekelumit doa pada malam tersebut meminta agar keganasan ke atas rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan rejim zalim Israel.
Walhal terdahulu, pada sesi perbahasan sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat misalnya meluluskan usul menentang keganasan di bumi Arab itu.
Ucapan dasar presiden turut menyebut bagaimana pertumpahan darah yang berlaku di Syria umpamanya benar-benar menyentuh hati dan perasaan parti itu.
Menjawab persoalan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kemudiannya berkata, doa pada malam himpunan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu dikhususkan untuk menghadapi pilihan raya.
"Malam tu himpunan untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
Dalam perhimpunan itu, imam turut menyebut "KO BN! KO BN!" yang diaminkan kira-kira 40,000 penyokong yang hadir dalam himpunan tersebut. -SH
Aku setuju 100percent dgn tgna..
BalasPadamTok guru & cikgu/ustaz aku.
BalasPadamTimbalan Mufti Kelantan, Dato' Nik Abdul Kadir Nik Muhammad & Nik Razi Nik Mat.
Dua2 bekas mudir/pengetua Maahad Muhammadi Lelaki.Kpd semua bekas pelajar MM L/P dan sekolah YIK.. Jgn korang khianati SMU(A) .. Ambil iktibar apa yg dah jadi pada Naim Lilbanat bila Federal ambil..
Semua subjek azhar dibuang..naim lilbanat umpama sekolah menengah biasa+B.Arab+PSI,PQS,Tasawwur.. cukup utk tau agama sikit2.. kalu tau lebih2 nanti lawan2 Federal sbb tu di drop subjek feqah,tauhid etc.
Mmg btl2 gadai agama & mmg btl psl apa Ustaz Nik Razi doa begitu.
AMIN!
saya sangat bersetuju dengan TGNA. Sudah terbukti PAS telah melakukan tindakan yang wajar dan tidak salah, tapi masih ada segelintir pihak yang masih tak faham hal ini dan membantah doa PAS ini. Kepada mereka yang tak faham & tak setuju, sila baca penerangan drpd TGNA itu sebelum anda ingin menghentam PAS. Sekian.
BalasPadamDaftar pemilih SPR yang meragukan menjadikan Pakatan Rakyat kumpulan yang dizalimi
BalasPadambila siar dalam TV berulangkali, ramai penonton yang tak pergi juga aminkan doa...
BalasPadamdoa orang yang dizalimi....nak letak harapan pada UMNO, SPR pun tak bersih
BalasPadam