29 Nov 2012

MyWATCH : Kadar Jenayah Semakin Meningkat, Kerajaan Perlu Bertindak

NGO Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH) mendakwa statistik Kerajaan Pusat tidak melambangkan realiti sebenar di mana kes-kes jenayah semakin menular sehingga anggota polis menjadi mangsa.

Pengerusinya, R Sri Sanjaven berkata masyarakat kini dibelenggu rasa ketakutan kerana jenayah boleh berlaku tidak mengira waktu dan tempat.

“Kita sekarang dalam keadaan tidak selamat lagi, kejadian kecurian dan pembunuhan semakin meningkat itupun kerajaan mendakwa bahawa negara masih lagi selamat,” katanya di dalam satu sidang media di sini semalam.

Hadir bersama Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka yang menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Akan tetapi statistik tersebut dipertikaikan Sanjaven yang merujuk kepada kes berprofil tinggi seperti kecurian kereta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang ketika itu menjawat Ketua Polis Selangor.

Malah juga terdapat cubaan untuk merompak rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye turut Oktober lepas.

Ujar beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan dan telus dalam mengumumkan indeks statistik jenayah.

Dalam pada itu, Musa berkata pihak polis dan kerajaan sewajarnya melantik pihak ketiga yang bebas seperti universiti untuk memberikan data statistik jenayah.

Katanya semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, pakar-pakar bebas yang mempunyai pengalaman luas dipanggil bersama untuk membuat kajian berkenaan indeks statistik jenayah.

“Semasa menjadi KPN, kita mendapatkan geran daripada kerajaan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat penyelidikan terhadap statistik kadar jenayah dari pihak polis.

“Kajian itu telah dijalankan oleh Professor Sundramorthy, dan program itu sepatutnya terus berjalan sehingga kini,” katanya. -selangorku

8 ulasan:

  1. KELENTONG & SELEWENG FAKTA TERMASUK FITNAH ADALAH KEPAKARAN PARTI PANDI KUTTI SEKUTU APCO ! ABU !

    BalasPadam
  2. Punca statistik jenayah tinggi..

    Katanya ex-KPN “Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas"

    BalasPadam
  3. Sekarang polis sendiri pun boleh jadi penjenayah. Ini you katakan kadar jenayah turun, sehingga Indon mengelar orang kita sebagai penjahat. Nak dikatakan macam mana ini?

    BalasPadam
  4. Mereka bercakap berdasarkan bukti. Rakyat pula boleh menilai, penjara dan pusat serenti ada penurunan tak penghuninya ?. Janji ditepati.

    BalasPadam
  5. KERAJAAN BN PERLU DIGANTI...TUA DAN MUDA DAH TAK SELAMAT...

    BalasPadam
  6. Rakyat hidup dalam ketakutan, penjenayah makin berani, UMNO semakin tak perihatin

    BalasPadam
  7. Jgn smpi kite xth mane 1 polis mane 1 penjenayah,mane 1perogol mane 1 perompak harta negara..tukar sblm terlambat

    BalasPadam
  8. Pemimpin UMNO selamat, rakyat hidup tak selamat

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.