Blajar daripada Pilihan raya Presiden Amerika
Pilihan raya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.
Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.
Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.
Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat memang terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar luar yang keras terhadap negara-negara lain.
Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjatuh dan menaikkan pemimpin negara-negara tertentu.
Mereka jugalah yang menentukan dasar negara-negara sasarannya supaya negara-negara tersebut ikut telunjuknya.
Namun sikap angkuh Amerika Syarikat di negara luar tidak pula diterjemahkan dalam negaranya.
Rakyat di negara tersebut masih menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya.
Buktinya, dalam pilihan raya Presiden semalam rakyat AS berpeluang menggunakan kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik.
Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama.
Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya.
Pentas di mana beliau berucap di situ juga Mitt Romney berpeluang berucap.
Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka.
Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.
Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong.
Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak.
Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.
Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihan raya yang pincang.
Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, sebaiknya PM belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan PM boleh melihatnya sendiri.
Isunya, jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, sanggupkah PM meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung.
Mampukah PM turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menabur janji, projek, habuan, imbuhan mahupun ugutan seperti yang berlaku selama ini?
Sanggupkah PM menggunakan jentera parti sendiri tanpa mengerahkan jabatan kerajaan turun berkempen bagi pihaknya? Adakah PM bersedia memastikan SPR tidak dikongkong atau dipengaruhi sehingga mebimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ada tangan-tangan hitam yang mengganggu badan tersebut?
Kuatkah iltizam PM untuk membersihkan daftar pemilih, membuang undi pos, menghalang rakyat asing menjadi penguundi bagi memberi ruang pilihan raya yang benar-benar berwibawa?
Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah?
Selain itu, tergamakkah PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.
Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada PR?
Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana.
Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.
Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.
“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.
“Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.
“Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan.
Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.
“Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya. -KD
najib mana ada telur nak debat... yang dia pandai hanya kutuk orang depan puak-puak umngok dia tu... bila ajak debat menyorok bawah ketiak rosmah
BalasPadamhendak jadi negaro maju mcm mano ni
BalasPadamjangan kata dgn Anwar,debat dgn mane2 pemimpin umno lain secara terbuka pun aku jamin najib x sanggup. dia ni jenis cakap sehala je. kalu kene counter, dia akan mati akal. Tapi kalu bercakap sorang2 depan kamera atau depan pengampu mmg the best. kah kah kah
BalasPadamBukan tak mahu, rosmah tak benar?
BalasPadamaduhai si najib oiii.malu aku dapat pm penakut macam ko..
BalasPadam"Debat bukan budaya kita", itulah kata monyet monyet di pekan.....berbeda monyet monyetdi bandar nun, debat adalah cara hidup. Tengok aje monyet bergayut di Taman Burung Tasik Perdana.
BalasPadamBukan setakat takut DEBAT...media elektronik dan cetak pun depa kontrol gila-gila punya la PENAKUT nak MAMPOS! cerita burukkan pembangkang berjela-jela tapi tak berani nak bagi ruang sket pun pembangkang nak jawap kat media cetak n ekektronik walau sejemput..MEMANG PENAKUT DAN BACUL TAHAP HARAM JADAH...
BalasPadambuang masa sja berdebat dengan pembohong yg mengaku dan mengiktiraf dirinya sebagai anugerah tuhan walaupun si-anugarah tuhan palsu tu tau wajahnya semakin kering layu tak ada nur akibat di-laknat oleh Allah SWT akibat kemunafikannya...kehkehkeh.
BalasPadam