24 Nov 2012

BN Selangor ‘Menggelupur’ Jawab Isu ‘Sapu Tanah’

Abdul Syukor yang juga ADUN Kuang mendakwa tanah yang dibeli dengan harga murah RM1 sekaki persegi itu sedangkan bernilai lebih RM2p juta adalah untuk kegunaan masyarakat seperti pembinaan dewan serbaguna dan tadika.

24 bidang tanah seluas 33.5 ekar itu bernilai lebih RM20 juta ‘disapu’ parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan ketika kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.

Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun turut respon dengan pendedah itu mendakwa tidak salah membeli tanah negeri dengan harga murah.

Menurutnya, amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak merdeka menjual dengan harga murah untuk tujuan kemasyarakatan seperti untuk membina kuil dan sekolah.

“Semua tanah MCA di kampung baru adalah milik ibu pejabat parti itu, bukan milik peribadi. Apa yang salah?” katanya Koon Mun yang mempertahankan amalan itu.

Yang menimbulkan persoalan, ADUN Sekinchan itu berkata, ada antara tanah yang ‘disapu’ BN itu diguna untuk tujuan komersial atau dijual bukannya untuk kegunaan masyarakat seperti didakwa Abdul Shukor.

“Tiada dewan atau Tadika yang dibina di atas tanah berkenaan, Ini satu pembohongan.

“Kita dapati tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama. Ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain,

“Ini bermakna ADUN Kuang itu melakukan pembohongan besar,”
jelas Suee Lin.

Beliau berkata, UMNO, MCA, MIC tidak sepatutnya diberi hak membeli tanah itu dengan harga murah oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini sedangkan ketika itu tanah berkenaan bernilai tinggi.

Suee Lim berkata, beliau membawa isu UMNO-BN ‘sapu tanah’ itu ke pengetahuan SPRM dan polis untuk siasatan lanjut. -Roketkini

9 ulasan:

  1. Kalau aku nak beli tanah murah boleh ke?

    BalasPadam
  2. cuba bongkar tanah di kawasan Kuang,Kundang,Taman Templer ini semua kawasan ADUN Kuang.

    BalasPadam
  3. Aku anak jati selangor.. knp tak jual kat aku rm1 sekaki persegi.. ni entah sapa2 korang jual !!!!

    BalasPadam
  4. Itu kan bisnes hartanah. Ape le ko org ni. Tak leh tngok depa senang & kaya raya . Bangsa Melayu mana bole kaya kalau tak bisness mcm tu, kan, kan, kan (ni UMNO punya formula le)

    BalasPadam
  5. Perompak tanah itu memang kerja Umno bukan penjajah tauuuu...Ada jawatan sikit dlm umno/BN pun boleh kaut banyak harta apalagi yg menang p/raya Boleh tergadai Malaysia dan masa depan semuanya.Selamatkan Malaysia dari Penyangak BN.

    BalasPadam
  6. jembalang tanah, suku sakat dgn setan yg dikenali.

    Tak habis2 nak menghisap darah rakyat.

    Cuba tengok masing2. Dah gemuk mentedarah...

    Cukuplah kali ni.

    BalasPadam
  7. Kerajaan negeri Selangor perlu guna kuasa yang ada untuk merampas balik tanah tersebut.

    BalasPadam
  8. Lawak sungguh; ambik tanah rakyat nak buat kebajikan kepada rakyat. inilah Ali Baba beserta 40 setan setannya.

    Kalau ditengok, semua Ali Baba dan setan setannya gemuk gemuk nampak benggap dan bahalol kerana hidup senang tanpa banyak berfikir dan makan minum mudah bagai khinzir dalam kandang. apa nak jadi dengan setan setan ini... selagi tak kiamat, selagi itulah setan setan serta Ali Baba nya yang beratus ratus 'menodai' tanah harta milik rakyat.

    Tanda tanda kepala otak mereka memerlukan didikan si Doktor nun, bagai Toyol mencari malam.

    BalasPadam
  9. aku akn kerat kaki aku kalau polis dn SPRM siasat kes ini sampai ada yg di dakwa

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.