21 Nov 2012

Anak Penasihat Petronas Dapat "Anugerah Projek" Diseret Ke SPRM

Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan, kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar fail

SapuraKencana yang ada kaitan dengan Datuk Mokhzani Mahathir dikatakan mendapat projek bernilai RM835.8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV.

Anak bekas perdana menteri itu merupakan Naib Pengerusi SapuraKencana.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti - R) mengesyaki wujud unsur-unsur tidak sihat di atas anugerah projek terbabit.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, R merujuk laporan kenyataan media Petronas yang menyebut Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas sehingga sekarang.

Kata beliau projek berkenaan membabitkan pengeluaran gas dari Medan Bunga Kamelia dan Blok PM301 yang terletak 150 km dari pantai Kelantan.

Sapura Kencana Petroleum Bhd dianugerah projek terbabit bermula Oktober 2012 sehingga April 2016.

“Kami serah memorandum kepada SPRM berkaitan isu berkenaan bagi membolehkan badan itu menyiasat skandal minyak membabitkan keluarga Dr Mahathir.

“SPRM perlu menjalankan siasatan ke atas Petronas dan Dr Mahathir kerana kelihatan ada unsur-unsur tidak sihat berlaku,” katanya selepas menyerah memorandum tersebut kelmarin.

Menurutnya R menuntut SPRM menjalankan siasatan dalam tempoh 30 hari kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi dan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengeluarkan apa-apa jawapan, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM dan membawa kes berkenaan ke peringkat antarabangsa.

Nazri turut diiringi 50 aktivis R menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah di pejabat SPRM di Lundang.

Baru-baru ini Dr Mahathir ketika mengulas isu berkenaan seperti disiarkan Malaysiakini dipetik sebagai berkata, “Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas.

Masukkan itu dalam akhbar awak.

“Saya mempengerusikan segala-galanya.

Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain.

Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

11 ulasan:

  1. Sosok ini hanya kan diheret ke muka pengadilan jika BN ditumbangkan nanti. Di ketika itu barulah SPRM kan terketar-ketar menjalankan tugas. Sekarang ini SRPM pandang endah tak endah je pada sebarang laporan penyelewengan atau salahguna kuasa. Percayalah, tak ke mana laporan tu....

    BalasPadam
  2. kenapa orang macam ni boleh bebas ya.khianat negara dgn jual IC. Dimana letak image msia ni.Patut ia mesti ditangkap.perosak negara.tangkap satu keluarga

    BalasPadam
  3. Selagi BN/UMNO berkuasa kita tidak mampu ber buat apa2 melainkan memerhatikan dan bersuara yang pasti tidak akan memberi apa2 kesan.

    Tumbang kan dan musnahkan BN/UMNO cuma ini sahaja lah jalan nye untuk memberi pengajaran kepada puak2 HARAM JADAH itu.

    BalasPadam
  4. Moga PRU13 PR menang..dan selamatkan Petronas dari perompak dari dalam dan dari luar Petronas..Petronas makin terumbang ambing dikerjakan,diperah dan hasilnya pekerja profesional berpengalaman lari dari Petronas..RAKYAT MALAYSIA SELAMATKAN PETRONAS..Dgn IzinNya..

    BalasPadam
  5. Bangsa yang tidak beradab, muka tebal, muka tak tahu malu, memerah hak rakyat dan menjahanamkan negara.

    Hanya manusia sepertinya sahaja yang akan menyokong kemungkaran yang dilakukannya.

    Penuhkanlah tembolok kamu dengan hasil penipuan yng menghasilkan keturunanmu yang tidak berhasil disisi Allah dan manusia.

    BalasPadam
  6. Selama ni yang Mahathir Kutty dok bising dan melalak macam orang sasau tu inilah sebabnya - mahukan projek-projek untuk anak-anaknya.Bayangkan! dah tak berkuasa pun masih boleh dapatkan untuk anak-anak projek berbillion ringgit.Apatah lagi dulu waktu dia berkuasa selama 22 tahun - beraja dihatilah.

    BalasPadam
  7. perjuangan bolum solosai

    BalasPadam
  8. semuanya kerana mlayu suka lembukan dek mamak pedukang, arwah tunku rahman pecat dia krna beliau tahu kemusnahan mamak pedukang akan buat sehingga arwah ust fadzil nor berdoa agar allah panjangkan umur si mamak pedukang utk mamak pedukang melihat segala kerosakan yg beliau buat.selagi melayu tak sedar selagi itu mamak pedukang bermaharaja lela, hampir 99% ahli umnu mengganggap simamak pedukang spt tuhan memberi rezki pada mereka..

    BalasPadam
  9. Dah tua nak mampus masih lagi nak berkusa Dan merompak memang betul lah bapa segala rasuah Dan seleweng segala macam cara...syaitan pencen ibarat di telan pahit dibuang sayang

    BalasPadam
  10. mahathir bila nak pencen buat PPSMI hingga anak jadi kaya

    BalasPadam
  11. Sudah jelas berlaku salah guna kuasa oleh Tun Taik. Dia pengerusi Petronas dan anak dia dapat kontrak daripada Petronas. Inilah hasil daripada kesimpulan yang didengar dalam ceramah SPRM sedikit masa dulu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.