Ipoh: Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini runtuh hari ini (semalam).
Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari oleh pegawal keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kejadian berpunca apabila siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon dan ICT.
"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian.
Beliau berkata kompleks itu siap dibina pada 1994 dan telah 18 tahun menyediakan perkhidmatan perubatan pakar.
"Walaupun sudah 18 tahun usia kompleks ini, kejadian seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Seorang penyelenggara HRPB yang enggan dikenali berkata saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon, Internet dan ICT sepatutnya dipasang secara sistem 'trunking' pada ruang atas siling berkenaan.
Ini kerana sistem itu dapat menampung kabel yang banyak pada pemasangan yang besar atau pihak kontraktor yang memasang kemudahan itu perlu menggunakan 'bracket' bagi memastikan beban paip tidak ditampung sepenuhnya oleh siling berkenaan, katanya kepada Bernama.
Beliau yang sedang memulakan kerja pembaikan siling itu, berkata saluran paip kabel telefon, Internet dan ICT itu dipasang oleh kontraktor luar yang dibayar oleh hospital tanpa melalui mereka sebagai pihak kontraktor penyelenggaraan rasmi hospital berkenaan.
- Bernama
insyaallah tanda BN perak nak runtuh
BalasPadamAmin
BalasPadamNasib baik 20 keping je..kalo runtuh semua..nak salahkan siapa ya??
BalasPadamPelik ek negara malaysia ni..negara yang bebas dari bala benca seperti gunung berapi,tanah runtuh,puting beliung,taufan sandy dan byk lagi bencana alam..tapi kenapa ek bangunan especially bangunan kerajaan kejap2 runtuh siling la runtuh itu la..runtuh ini la..apasal ek?hehehehe....bab akhlak anak muda x yah cakap la..mmg da runtuh pun...klu dlm berita blh kua cite bayi baru lahir kena buang pastu mati akibat kena gigit anjing..ni da kes parah sesangat..zaman jahiliah sebelum dtgnya Muhammad saw pun org jahiliah x buang bayi smp mcm ni..diorg tanam trus je..tu pun bayi pompuan je..tapi zaman skg..bayi mati kena gigit anjing la..bayi mati sebab kena campak dari flat la..fuh!!termenung aku dgn berita2 mcm ni..mmg zaman skg lagi teruk dari zaman jahiliah dlu..
BalasPadam