23 Okt 2012

[VIDEO] Isu MCA Hina Nik Aziz, UMNO Membisu, DAP Bela "Tok Guru"

Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

DAP hari ini (semalam) berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.

9 ulasan:

  1. ayoh umat Islam (khususnya PAS dan komponen Pakatan Rakyat) mari kita demonstrasi depan bangunan MCA KL tunjukkan bantahan kerana membuat provokasi dan menghina Islam. Bagaimana hassan ali?

    BalasPadam
  2. KEMUNAFIKAN UMNO-APCO TERSERLAH SUDAH ! ABU JANGAN LUPA UNTUK KUBURKAN UMN0-APCO GEROMBOLAN MUNAFIK & PENGKHIANAT NEGARA & AGAMA !

    BalasPadam
  3. DAP tolak hudud...aku faham sebab ahli nya ramai bukan Islam.

    UMNO tolak hudud..aku tak faham sebab ahli nya orang Melayu yang beragama Islam.

    MCA bukan saja tolak hudud malah menghina hukum Allah SWT ini di depan batang hidung Presiden UMNO........aku tak tahu nak kata apa dah.

    BalasPadam
  4. hassan ali ?..tidoq kot.

    *** cucutokwan/2012.

    BalasPadam
  5. Pemimpin Islam yang munafik dalam penghindupannya dan munafik dalam pentadbiran akan dihina Allah Swt sewaktu hidupnya lagi. Apakah Najib bukan munafik? Hanya perhatikan tingkah laku Najib seharian, dan berdoalah agar belau tidak dipertunjukkan seperti arwah Syed Kecik semasa dipanggil ke alam kubur.

    Apa pun tak perlulah bongkak kerna setiap titik darah daging hanya berpunca dari hasil keringat rakyat yang berjuta.

    BalasPadam
  6. jangan diharap puak tu memang dikenali pun.jangan redo.

    BalasPadam
  7. MANA HASAN ALI..MENYOROK BAWAH BANTAL KOT..TAKUT ..

    BalasPadam
  8. kenapa najib diamkan diri..takut kah..kata perjuangkan islam ..ceh

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.