18 Okt 2012

Taksub Kebersihan: Cuci Tangan 300 Kali Sehari, Syampu 25 Kali Sehari, Mandi Lima Jam!

Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.

Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.

Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja! Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!

Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.

Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.

Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.

Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.

Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.

Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.

Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.

Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.

Apa yang berlaku pada Kak Julia mendapat perhatian dunia apabila kisahnya kini banyak tersebar dalam blog dan portal luar negara.

Alahai Kak Julia… -mynewshub

5 ulasan:

  1. Boleh tak orang yang was-was dalam berwuduk dikategorikan dalam penyakit ini?

    AzMiR

    BalasPadam
  2. Penyakit ini mgkin ada kena mengena dgn gangguan satu jenis makhlus dari bangsa jin. Kena nasihatkan dia pi berubat..

    BalasPadam
  3. Kalau ikut langkah mejaga kebersihan alah barat memangpun dia berasa was - was akan kebersihan. Why don you try ikut cara Rasullah S.A.W dalam menjaga kebersihan diri. Manalah tahu ia dapat rawat penyakit ini dan saya ingin cara Rasullah S.A.W tentu dapat atas masalah ini.

    BalasPadam
  4. better jadi ikan duyung lagi bagus..duduk dalam air, mandi sepanjang masa. tak payah susah2 mandi sehari bepuluh2 kali.

    BalasPadam
  5. Kasihan dia. Jgn le kutuk2 dia, bimbinglah & tolong lah dia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.