10 Okt 2012

SAMM Selangor Gesa Polis Siasat Hamidzun

Polis digesa membuat siasatan segera terhadap Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar kecil) yang didakwa melakukan ‘penyelewengan’ ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil berkata, walaupun kononnya Hamidzun membayar semula wang berkenaan tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan kesalahan.

Justeru, pihak SAMM Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam bersama kira-kira 10 orang ahlinya menggesa tindakan segera diambil oleh polis.

“Jika benar perkara ini berlaku beliau (Hamidzun) seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya,” kata Azhar dalam kenyataan medianya.

Sebelum ini media melaporkan kes pecah amanah itu melibatkan wang berjumlah RM199,236.

15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam PKNS, Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.

15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:

  1. Presiden anti penyelewengan ye? phuiii! kah kah kah

    BalasPadam
  2. Muka penyangak sama seperti muka Noh Omar...

    BalasPadam
  3. Muka puak ni sepesyen je..muka kaki songlap, kaki projek

    BalasPadam
  4. INGIN MENCADANGKAN KAJIAN TERHADAP PERATUSAN SOKONGAN PENGUNDI GOLONGAN VETERAN YANG BERUMUR 60 KEATAS. MINTA KAJI BERAPA PERATUS GOLONGAN INI FAHAM SITUASI POLITIK RAKYAT SEKARANG AGAR TIDAK MENYOKONG MEMBABI BUTA SAHAJA PARTI DACING..HARAP RESPON

    BalasPadam
  5. Mamat Hamidzun nie sangat rendah intergritiya, jauhkan diri dari org seperti ini segera.....bahaya..bahaya

    BalasPadam
  6. Zaman reformasi dulu bukan main lagi dia.... pernah jadi calon PRU 1999, sib baik kalah.... rupanya sama spesis ngan roslan kasim, ezam kotak dan lain-lain...

    BalasPadam
  7. Well orang ini bukan saja mesti dilucutkan jawatan peguam, kalau dia adalah ahli dalam parti PR dia mesti ditendang masuk ke gelanggan UMNO / BN pada kadar segera kerana dia ni sama spesis dengan Hassan Ali, Ezam dan gengkawannya. Sudah ditendang, jangan terima dia balik you staylah kat UMNO dari dulu kini dan selamanya kerana di UMNO ada ramai orang yang serupa perangainya dan sesuai tinggal bersama UMNO kerana otak kamu orang lebih kurang sama MR. Hamidzun.

    BalasPadam
  8. Depa dh rasa bahwa umno dan bn akan tersungkoq pd PRU13 ni.. Tu pasai perangai depa jdi lagu tu.. Halai haram x amik pduli dh.. ABU.

    *Cucu Tokwan, Kdh.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.