14 Okt 2012

[PUN ADA] Bomba Selamatkan Lelaki ‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang



Ipoh: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam. -HM

8 ulasan:

  1. GB... tumpang gelak... hahahaha

    BalasPadam
  2. Ha ha ha. ..... Harap ada org lain tabi' tabi'n kepada insiden seperti ini. Ha hs hs....kawe tumpang gelak sams. Ha hs hs mvm tskdok krrja lain.....

    BalasPadam
  3. Aku ingat gelang hanya pakai di lengan rupa2nya di BARANG PAK DOGOL tu juga yg sebesar lengan agaknya ye.......

    BalasPadam
  4. Awwwooooohhh.....hai macam-macam hal. Ambil iktibarlah kalian semua seluruh umat.....jangan malukan kawan dan teman kita. Ha ha ha....!

    BalasPadam
  5. Lawak betul... Ha ha ha ha ha....jangan budak ni mamat UMNO dah! Kalau ye, sahlah bahalol be ggap bodoh macam umat umat DumbNo yang lain... Ha ha ha ha

    BalasPadam
  6. Saya sarankan juga Harakah Daily dan Greenboc tidak menyiarkan iklan-iklan ubat-ubatan dan peralatan yg berbentuk 'keintiman' seperti pum memanjang/membesarkan zakar dan ubat tahan lama (bukan gambir sarawak tapi gambir juga....). Ustaz2 yg sering berlawak jenaka pasal kehebatan sex semasa berkuliah/ceramah juga d sarankan kurangkan tabiat itu.

    BalasPadam
  7. orang yang komen di atas pun ada buat mungkin keh keh keh

    BalasPadam
  8. apa jadah gi pakai besi gitu... dr ismail tambi dah ajar pakai jenis tali atau plastik...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.