14 Okt 2012

APA SUDAH JADI? Mesin ATM Di Malaysia Paling Banyak Berjaya Dipecahkan Penyamun

Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.

Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.

“Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.

Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

“Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan,” katanya.

Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. – Bernama

11 ulasan:

  1. Apa nak heran? Mesin ATM tu bukan ada otak nak pertahan diri. Senang di manipulasi oleh penyamun.

    Yang lebih heran ATM yang ada otak ni. Ketua berbintang2, bersilang2. Tapi biar di kotak katik oleh penyamun bertali leher dan berkeris silang.

    Ini lah malaysia!!

    BalasPadam
  2. apa nak diherankan la ni kan banyak kaki pecah. pecah tu pecah ni

    BalasPadam
  3. Tak perlu nak bimbang la.....kan malaysia negara paling selamat di asia tenggara....kpn x risau pun

    BalasPadam
  4. Betul ke statement ni?
    Macamnx cayer jer,
    Malaysia kan paling selamat.

    BalasPadam
  5. Malaysia boleh bro... bandingkan penyamun duit bank dengan penyamun wang negara. Duit bank yang disamun sekurang2nya ada insurans. Duit negara yg dirompak oleh penyamun umno tidak ada pihak insurans yg nak tanggung...

    Bermakna kalau curi duit bank boleh dihukum penjara beberapa tahun maka adalah wajar penyamun wang negara dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mampos.

    BalasPadam
  6. aku x stuju klau mesin atm neh dipindahkn k tempat 'lebih slamat', sbb nnti tempat tuh lame2 jdi 'kurang slamat'. last2 abes sluruh malaysia jdi 'kurang slamat'.xde opsyen len daa, slagi hudud x jln, slagi tuh la bala mnimpa2....

    BalasPadam
  7. Tanda Islam perlu dilaksanakan, undang BN sudah ketinggalan zaman penjajah British

    BalasPadam
  8. Kalau berani buat macam di Mekah tinggal kedai terbuka waktu solat tanpa penjaga, kalau Malaysia selamat

    BalasPadam
  9. Lebih baik ditempatkan bit bit polis di kawasan ATM ini untuk jaga mesin mesin dan pengeluar duit ATM dari di rompak. Polis kan ramai....

    BalasPadam
  10. Hanya 17 mesin ATM dipecahkan.
    Banyak lagi mesin ATM masih beroperasi.
    Tak perlu risau.
    Malaysia negara selamat, kata Hishamuddin.

    BalasPadam
  11. Suruh Hishammudin bawa masuk lebih ramai lagi perompak-perompak dari luar negeri,beri Mykad dan boleh mengundi pulak.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.