Suatu tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek.
JKKK: "Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka."
Pemuda: "Qulil Haq Walau Kaana Murra - Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung."
JKKK: "Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM5000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!"
Pemuda: "....Waiyya-yaa Farhabuun." (Surah al-Baqarah ayat 40) - kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun.Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri."
JKKK melempang pemuda tersebut di kaki lima masjid. Tersungkur pemuda tersebut. Hilang sabar juga JKKK.
JKKK: "Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!"
Pemuda: "Saya panjat ada alasannya."
JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab.
JKKK: "Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!" (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda)
Bilal: "Berhenti!!"
JKKK: "Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!"
Bilal: "Sabar! Ana nampak kesemuanya. Kebetulan ana ada di belakang tiang masjid.Lepaskan dia. Itu bukan duit masjid."
JKKK: "Apa?!"
Bilal: "Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid.Ana nampak pemuda ini cuba memasukkan wang RM5000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta."
JKKK: "Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!"
Bilal: "Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?"
Pemuda: "Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak.
Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi."
Bilal: "Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?"
Pemuda: "Ramai orang pada waktu masjid dibuka.
Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis....sedekah yang terbaik adalah - "Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya". Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia."
Bilal: "Dari mana duit sebanyak itu?"
Pemuda: "Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun."
JKKK: "Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah."
Pemuda: "Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini.
Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim...Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali. Aamiiin"
Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid.
JKKK termenung memikirkan kejadian malam tu. Bilal masuk tidur.
cerita original: Syabab Musafir Kasih

Bagus citer ni, tapi klu ana nak derma/sedekah/infak dll ke, sesuai dgn zaman SEKARANG ni, ana akan guna kaedah lebih kurang gini (tak yah panjat2 pagar masjid):
BalasPadamMula2 ana akan cari maklumat mana2 masjid yg ana berkenan, esp ttg no akaunnya klu ada. Apa2 cara yg halal le, tapi tanpa disedari org lain. Bila dah dapat no tu, ana akan transfer online. Tak de makhluk lain tau insyaAllah.
Tak de le ana akan gadoh dgn JKKK, pengerusi atau imam masjid ke, sbb sekarang ni masjid mmg kena kunci selepas isyak.
Klu tak, jenuh pulak nanti duit tabung dok ganti kipas masjid le, mikropon masjid le, ntah2 sejadah pun kena kebas. Maklum le, skrag Msia ni kan aman bebenor.
Silap haribulan klu pasang CCTV, CCTV tu pun kena kebas. Terhalang le nak buat projek2 lain spr majlis2 ilmu, motivasi dll, dok asyik ganti perkakas masjid sokmo.
Islam tu mudah.
Ada perkara2 yg kena buat ikut suasana zaman di mana kito berada selagi tak berdosa, menyusahkan pihak lain dll & yg utama tak lari dari akidah.
my 2c
Kedai runcit, kedai makan boleh hidup 24 jam sehari kerana manusia sedar kepentingan perniagaan dan makan minum.
BalasPadamSaya suka mencadangkan agar umat Islam sedar tentang keutamaan menghidupkan masjid 24jam sehari.
Mungkin secara permulaan boleh dibuat jadual giliran 'iktikaf' di masjid utk ahli kariah yg berkelapangan dari pukul 7pg hingga pukul 10mlm. Wallahua'lam
jKKK tu biasanya orang ameno, bagi aje lah padanya...senang saja duit masok masjid! Ha ha ha ha ha ...
BalasPadamkejadian ini tidak menyatakan bila berlaku...mungkin kisah lama, tiada kemudahan transfer online...mungkin itu saja caranya untuk menderma secara sembunyi pada zaman itu.
BalasPadamjika menderma di siang hari, bimbang dilihat oleh bakal pencuri yang akan datang mencuri setelah tengok duit yang banyak dimasukkan...semoga mangsa dapat pahala ikhlas...
wALLAHu a'lam...