25 Okt 2012

Kemana Lesapnya RM207 Billion Wang Pampasan?


Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan? Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.

Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.


Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleh Kerajaan Jepun? Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain? Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini. Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

7 ulasan:

  1. Dedahkan kerana ia melibatkan mangsa keganasan Jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul wang itu disalahguna, maka bekas2 buruh itu telah terinaya dua kali. Sekali oleh kjaan jepun, skali oleh kjaan sendiri yg katanya sentiasa mendahulukan rakyat.

      Padam
  2. Di Malaysia ini, apa apa hal melibatkan DUIT perlu tanya si MahaFiraun....

    BalasPadam
  3. Orang yg makan duit HARAM takkan kemana......akhirnya akan ke NERAKA JAHANAM juga......sememangnya puak2 MENTERI dr UMNO nie dah standby utk ke NERAKA......maka "syaitan yg dikenali" akan berkata "welcome my friend, welcome to the club" !!!

    BalasPadam
  4. Insyaalh kalau BN jatuh lagi tahu banyak benda yang lesap

    BalasPadam
  5. mohon satu sahaja...setelah PR diberi mandat kelak untuk mentadbir negara korek dalam2 kemana rm 207 billion ni disalahsalurkan...kemudian bayarlah kepada mangsa2 ini...keperluan dana khas hanya tipu helah dan tipu daya pemerintahan sekarang untuk menipu rakyat...sedangkan rakyat tidak bodoh lagi...bangkit melawan...

    BalasPadam
  6. Pak menteri umno beli tiket masuk neraka..nyusah kn org la umno asal duit jr sapu..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.