24 Okt 2012

[HEBAT] Dia Berjalan Kaki 5,700km Untuk Tunaikan Haji

Sarajevo – Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari.

Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.

“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.– AFP.



5 ulasan:

  1. Sudah tentu ganjaran yang diperolehinya melebihi orang lain kerana kesukaran yang ditempuhinya.

    BalasPadam
  2. Semoga Sdr Senad Hadzic mendapat haji mabrur... bukan haji malboro! Sempena Eid Adha ini sama-sama kita menyambutnya dgn rasa keinsafan & menginsafi pengorbanan nabiullah Ibrahim a.s. berhadapan dgn ujian sepanjang jln perjuangan menentang syaitan2 yg tidak pernah kita temui tp dikenali dulu kini & selamanya...

    BalasPadam
  3. Hebat manusia ni..moga2 sntiasa d rahmati perjlnn nye yg seterus..

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..semoga allah merahmati pengorbanan beliau...untuk islam tercints.amin

    BalasPadam
  5. AllahuAkbar...

    Mahu seribu daya....

    di Malaysia pun begitu...ramai pakcik makcik kerja motong getang dsb, sikit demi sedikt menabung, selepas berpuluh tahun akhirnya dapat mengerjakan haji. Tapi ramai professional gaji berpuluh ribu TIDAK MAMPU mengerjakan haji dengan alasan takada masa dan sebagainya...nak tunggu bila?, mati datang tiba-tiba tanpa amaran!.

    Ibadah haji itu RUKUN Islam...kalau tak ada niat (tunggu dan lihat sahaja?) nak kerjakan Haji, memang akan kurang 1 rukun. Bab rukun ni 5 tolak satu jadi kosong bukan empat.... kalau mati tak ada niat untuk menunaikan Haji, mati di dalam keadaan seperti matinya orang nasrani (mafhum hadis)

    Oleh itu berdaftarlah untuk menunaikan Haji untuk sekurang-kurangnya untuk menzahirkan niat kita. Kalau mendaftar sekarang ni, giliran yang diberi oleh Tabung Haji ialah tahun 2050....kalu tak daftar, jangan haraplah kecuali kalau anda JKK UMNO yang diberi kouta oleh kerajaan BN (Tahun ini 400 JKK UMNO telah potong giliran untuk pergi Haji...ada lebih 900,000 orang menunggu giliran...boleh dikira merampas hak orang lain...Apakah hukumnya????)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.