8 Okt 2012

BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam. Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.

Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.

Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.

Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.

Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.

Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.

Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.

Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.

BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.

“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.

Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.

Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Umno Sabah pertikai laporan kajian populariti Musa Aman.

Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kita Kinabalu semalam.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini.
- Bernama.



Ulasan GB

Demikianlah mengelupurnya UMNO BN.

Jika kajian pihak yang sama, dalam kes ini Merdeka Center, berpihak kepada mereka, akan dilambungnya setinggu langit, tetapi apabila hasil kajian tidak memihak mereka macam-macam dikatanya kepada pihak yang membuat kajian.

10 ulasan:

  1. Biar la dia orang syok sendiri... kalo rasa rating tuh sampah so biarlah. Tunggu aje PRU nnti baru tau rating tuh mengarut atau betul

    aku sendiri pun rasa teruja nak tau rating mcm tuh boleh digunapakai atau syok sendiri aje

    tungguuuuuuuu....

    BalasPadam
  2. YA!! mmg betul kajian dari perdeka centre tu tak tepat. Yg sebetulnya rating utk musa aman melonjak kepada 99.9%

    rating untuk najib juga melonjak naik ke 99.9%.

    so, segerakan PRU13.

    BalasPadam
  3. Musa Aman pun sama juga dengan Najib apabila sudah populariti menurun buatlah muhasabah diri. Perkara ini patutnya dilakukan oleh seorang pemimpin apabila berhadapan dengan perkara sedemikian sedangkan PAS dulu kalah teruk pada PRU 2004 pun melakukan postmotem pada masa tersebut. Takkan perkara ini mahu diajar lagi dan Musa Aman bukan budak berumur 3 tahun patutnya tahulah sendiri.

    BalasPadam
  4. laporan ini belum tentu benar. ia tak mempelihatkan situasi sebenar.

    BalasPadam
  5. ratign sebenar kita akan tgk pada PRU nnti.

    BalasPadam
  6. kajian merdeka center ni gunakan kaedah tepat ke? atau main rambang saja.

    BalasPadam
  7. jika kajian yang main hentam saja, ia mmg tak tepat.

    BalasPadam
  8. Bukti yang sebenar adalah PRU13. Keputusan PRU13 menentukan benar atau tidak sokongan kepada Datuk Musa berkurangan.

    BalasPadam
  9. Kalau kita lihat sekarang ini pun memang Kerajaan sedang mencari yang terbaik untuk memastikan kepentingan rakyat dapat diberikan sepenuhnya. Pelbagai usaha telah Datuk Musa lakukan. Maka memang ada kesilapan dengan kajian Merdeka Center ini.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.