25 Okt 2012

Asri Bidas Fathul Bari: Suruh Datang Berwacana Tak Mahu, Lepas Tu Komen Tak Puas Hati


Mantan mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin semalam telah memberikan jawapan yang pedas kepada Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulamak muda itu yang menolak hujjan Dr.Asri bahawa ulamak-ulamak yang menyertai UMNO telah hanyut.

Di dalam datu mesejnya melalui Twitter, Dr. Ari menyelar ulamak muda berkenaan dengan menulis:

Bla dijemput berwacana x dtg, lepas tu komen tak puashati. Politik wang disebut sendiri oleh wakil (UMNO) sendiri

Dr Mohd Asri sebelum ini berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.

Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.

Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.

“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.

“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.

“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

15 ulasan:

  1. Fathul Bari xperlu melenting..memang betul fakta yang diberi..terimalah dengan terbuka..UMNO PEROSAK AGAMA..

    BalasPadam
  2. Wang bukanlah segala2nya (WBS)... tapi segala2nya adalah Wang (SAW). Rakyat yg berpegang kpd konsep WBS akan memilih pemimpin yg adil & luhur manakala rakyat yg tegar dgn SAW memilih pemimpin yg korup...

    BalasPadam
  3. Dr. Asri?
    adakah UMNO sahaja yang rasuah..parti islam yang lain tak rasuah ke...

    BalasPadam
  4. UMNO dah terang lg bersuluh. PERHIMPUNAN UMNO pilih pemimpin tertinggi kan guna politik Wang. Parti lain ada tapi kes terpencil.

    BalasPadam
  5. Anon 1026 : Rasuah ada di mana-mana dan dalam bermacam-macam bentuk. TETAPI sendiri mau lihat, sendiri boleh nampak beb ! takkan tu pun tak paham !

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya si bahalol si bahalol akan mengatakan Wang Bukan Segalanya, dan menyepi apabila Islam diperlekeh oleh si kafir laknat depan belakang kiri kanan, siang dan malam. Ketahuilah bahawa si munafik akan tetap munafik walaupun penafian dibuat tatkala sedar, dan ketahuilah juga tingkah laku peradapan si munafik akan tetap menonjol sehingga kiamat tiba.

    BalasPadam
  7. bukan kes rasuah aja macam kes duk ada

    BalasPadam
  8. Anon 10:26
    silalah kemukakan bukti sahih pasal rasuah parti pas..baru bercakap...kalo tada bukti eloklah balik rumah dan bercakapl.ah dengan kepala lutut anda.

    BalasPadam
  9. setuju dengan anon 11:59.

    *** cucutokwan/kdh.

    BalasPadam
  10. Masaalah parti ;ain bukan menjadi persoalan. Yang penting Umno(BN) sebagai parti pemerintah wajib menunjukkan model yang terbaik, ini tidak, pemerintah sendiri telah menunjukkan contoh yang jelas, tersng lagi bersuluh... maka akuilah jangan jadi bodoh sombong.

    BalasPadam
  11. ada juga manusia jenis purapura tak nampak apa yang meresahkan rakyat saat ini - sana sini situ rasuah. ini manusia jenis fikir tembolok sendiri aja orang lain diaorang punya pasal lah.janganlah harta negara asyik berlegar dikalangan tertentu saja rakyat dapat kerak


    BalasPadam
  12. berapa banyak fitnah yng dilemparkan pada PAS, lihat keputusan mahkamah? tapi terang lagi bersuluh puak2 pimpinan umno dah banyak kali mahkamah putuskan bersalah, yng lain tu kalau khidmatnya masih diperlukan umno maka dilindungi lah mereka utk pergi ke mahkamah. kehiklangan wang berbilion ringgit masih x berjawab, kertas putih liat sangat utk dikeluarkan, isu scorpene, perwaja, pkfz, pampasan landasan keretapi maut, penyelewengan wang zakat, kes lembu fidloyd, ternakan udang kerpan, royalty minyak, pemilihan ketua pemuda umno, BMF, dan beratus2 lagi penyelewengan malah mungkin beribu, jika disenaraikan, apakah mata hati fathul ni x nmpak?? Belajarlah dari nabi2 yng utk mengatasi pemimpin2 zalim spt itu, apakah dgn bersekongkol seperti itu ust fathul akan rasa selamat diakhirat nanti?? x kan orng seperti saya dgan ilmu agama yng x seberapa nak menasihati ust Fathul seorang ulama yng ilmunya MASYAALLAH tinggi nya. mohon kemaafan ye ustadz. bukan niat nak menyinggung.

    BalasPadam
  13. Apabila joint UMNO, ilmu agama yang ada pada ulama akan cair dalam wang ringgit, tak kira halal atau haram. Bermacam-macam taktik taklik akan digunakan.

    BalasPadam
  14. Fathul bari hanya jadi unta kandar kitab...

    BalasPadam
  15. Fatul bari... Terus trang aku ckap hang ni mmg jenih manusia yg buat malu golongan berilmu agama sja.. Takkanlah benda yg senang dn mdah dfahami mcm ni pun hang x faham.. Blajaq agma bkan main tinggi (tpi x mendalam).. Last cakap, moga ALLAH buka pntu hati n pala otak hang.. Maaf..

    ***cucutokwan/kdh.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.