23 Okt 2012

Akhirnya Ibu Campak Bayi Itu Didakwa Di Mahkamah

Petaling Jaya: Seorang ibu muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya, bulan lepas.

Siti Fazlena Sahili, 20, didakwa dengan sengaja mencampak bayi seberat 2.8 kilogram tersebut dari tingkat tiga blok kediamannya dan menyebabkan bayi jatuh ke tempat letak motosikal di bawah.

Siti Fazlena, seorang pekerja kilang didakwa melakukan kesalahan itu di No. B1-3-23, Blok 1, Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan dua orang penjamin.

Bagaimanapun peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Siti Fazlena memohon mahkamah agar jaminan dikurangkan berikutan tertuduh berpendapatan rendah yang perlu menanggung ayahnya yang baharu mengalami kemalangan.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Nov untuk sebutan semula kes. – Bernama


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



3 ulasan:


  1. Bersama-samalah kita bertaubat kepada Allah Taala. Hal seperti inilah yang menjadikan kita sangat memerlukan seorang pemimpin yang menjadikan Allah Taala dan Rasulnya sebagai keutamaan dalam hal-ehwal pengurusan negara.

    Semoga Allah Taala memakbulkan rintihan kita agar kepimpinan PAS yang bersama dalam Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan baharu. Semoga keberadaan kepimpinan PAS itu dapatlah menggerakkan semula usaha-usaha membangunkan semula 'insan' masyarakat terutama yang beragama Islam.

    Insaniah kita sudah terlalu lama dirosakkan oleh ideologi dan amalan sekular pakaian UMNO dan BN. Terlalu ramai anak-anak muda yang memerlukan pimpinan dan bimbingan untuk berlaku betul menelusuri kehidupan ini.

    Tiada lagi pengharapan kepada UMNO hatta agamawan-agamawan yang berlonggok 'mencari makan' di dalam parti peninggalan penjajah itu.

    Hidup Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  2. Aku mmg setuju sngat2 apa yg ditulis anon 1 tu. Kita pula sbgai rakyat hendaklah cerdik, berilmu, jaga Allah, Allah akan jaga kita & keturanan kita insyaAllah.

    Tolak UMNO yg melalaikan umat Islam .

    BalasPadam
  3. Lah pempuan jer ker kena...tok lakinya macamana...tak jumpa....ker...buaya buaya besar semua lepas....ayat power....patut seret sekali...boleh kenal...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.