11 Sep 2012

Zahid Hamidi Kecut, Sultan Johor Murka Peralatan Kor Gerak Khas Tidak Bermutu

DPPM: Teguran Sultan Johor perlu diberi perhatian penting

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan adakah benar wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

"Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss.

"Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri.

"Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya," katanya dalam satu kenyataan.

DPPM, katanya, bersetuju dengan teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya.

"Kerajaan juga beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden," tambahnya.

Justeru, katanya, DPPM mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera.

"Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak," tambahnya.

Selain itu, kata Dr Raja Ahmad, hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara.

"Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarikh dan ketinggalan zaman bagi menghadapi pertempuran," tambahnya.

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.

"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.
- Bernama

10 ulasan:

  1. Wow! Satu RIV Kementerian Pertahanan beli, Sultan Johor boleh dapat 3 RIV dgn harga sama.
    Bayangkan, beratus-ratus items lagi menghadapi nasib yang sama. Inikah semuanya wang Rakyat. Inikan salah guna kuasa, rasuah, kroni.
    Mana negara tak bangkrap macam ni?
    Sungguh memalukan. Walhal mereka-mereka ni juga makan 2 pinggan nasi sehari. Tamak....tamak...!

    Mudah2an Allah membalas dosa2 mereka yang menzalimi Agama, Negara dan Rakyat. Amin.

    BalasPadam
  2. macam ni ker kerja menteri, kena ketuk baru nak berjalan. Selama ni takkan tak boleh nilai sendiri.

    Bukan baru setahun dua jadi menteri. Apa, selama ni tutup mata aje kah. Asyik cari jalan nak kaut masuk masyuk kroni.....

    BalasPadam
  3. Sepatutnya Kolenel Kehormat Kor yang lain juga siasat peralatan kelengkapan untuk kor masing-masing pasti ada berlaku perkara yang sama, peralatan tak berkualiti tapi dibeli dengan harga yang mahal dari pembekal yang makan rasuah beserta jeneral-jeneral yang terlibat didalam ATM yang turut makan rasuah, pasal tu perut jeneralx ni boroi sebab terlampau banyak makan duit haram.

    BalasPadam
  4. Kapal selam bagaimana pula?

    BalasPadam
  5. bukan setakat dikementerian pertahanan jd keja mcm ni perangai buruk umno..harap2 PR menang..lps PRU 13 ni..siasat kesemuanya kementerian.. mcm2 yg akan timbul nanti..patutnya rakyat hidup jd sempit sedangkan Malaysia ni kaya.. kemana perginya

    BalasPadam
  6. setuju sgt2 dgn Titah Baginda Sultan Johor

    BalasPadam
  7. setuju sgt2 dgn Titah Baginda Sultan Johor

    BalasPadam
  8. Sultan dengan Menteri UMNO sama sahaja 2 X 5 mereka berdua kawan baik 2 biji motosikal sultan Johor bagi Zahid hamidi rasanya ini drama mrk berdua krn nak bolot supply barang pd tentera, cakap je Murka tapi lepas tu offer diri jadi pembekal.....mula mula bagus lepas tu habislah Cina dapat jadi Supplier dan di back up oleh Sultan , baca blog www.peguamkamalmenulis.blo​gspot.com satu blog oleh seorang Peguam yg sangat menarik dan jelas

    BalasPadam
  9. Kata-kata "Keselamatan Negara" - bukan tangkap rakyat yang buat demo aman menuntut hak atau protes kezaliman,membekalkan peralatan yang tidak bermutu,membeli kelengkapan yang usang tak boleh digunakan dianggap sebagai "Mengancam Keselamatan Negara" sebab Angkatan Bersenjata kita akan pincang dan mundur.Inilah yang UMNO buat selama 55 tahun membeli peralatan dan senjata yang tak bermutu dan tak berkualiti untuk Pasukan Keselamatan dengan harga yang berlipat ganda - rasuah.

    BalasPadam
  10. kecam ratus ribu utk dpt ratus juta...aku x caya dia ni...sbb byk projek mega di johor keluarga sultan yg dpt...sudah la xpyh belakon la.x cukup mkn lgi ke? perut dh mcm tempayan budu, anak pun dh hidup ibarat surga,ke hulu ke hilir ngn bidadari....cukup2 ler tu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.