23 Sep 2012

[WAJAR] Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis


Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.

Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.

Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. -BERNAMA

Ulasan GB

Memang wajar, teman lelaki yang menyebabkan lahirnya anak yang tidak berdosa itu sepatutnya tidak boleh dibiarkan lepas dari hukuman.

Sikap tidak bertanggungjawab setelah melakukan perzinaan sehingga memungkinkan si gadis tersebut hidup tertekan perlu diberikan pengajaran setimpal.

3 ulasan:

  1. Teman lelaki yang menyebabkan kelahiran mesti ditangkap kerana sudah melakukan 2 kessalahan. So polis Malaysia cari dia sampai dapat biar sampai lubang tikus sekalipun.

    BalasPadam
  2. Kalau Yong jadi hakim, Yong kira teman lelaki tu bersubahat. Patut sama dihukum mati macam sigadis jika sabit kesalahan.

    BalasPadam
  3. Ya Allah lindungi kami, keluarga dan keturunan kami dari akibat perbuatan
    orang-orang yang dzalim di atas muka bumi Mu ini.Ampuni segala dosa kami.

    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang dzalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.11:113

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.