13 Sep 2012

[VIDEO] Terbukti MCA Pengecut - Jemput Orang Berdebat Tapi Tak Kasi Naik Pentas

Pekung Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong terbongkar malam ini apabila menghalang wakil Kerajaan Negeri Selangor untuk berdebat berkenaan isu Talam walaupun dijemput untuk berdebat.

Tindakan ini disifatkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai mencari publisiti murahan semata-mata.

Kesediaan wakil Kerajaan Negeri untuk berbahas tidak kesampaian apabila MCA tidak membenarkan keempat-empat wakil Kerajaan Negeri itu untuk berdebat dan memberi penerangan berkenaan kebenaran yang berlaku di sebalik isu Talam.

Faekah berkata tindakan Chua untuk tidak berdebat dengan ketiga-ketiga wakil lelaki itu sudah dijangkakan sejak awal lagi.

“Namun, Chua juga tidak berani untuk berdepan dengan wanita seperti saya. Terbukti Chua seorang yang tidak berani berhadapan dengan wanita,” sindir Faekah.

Faekah menambah beliau tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa satu bukti untuk diterangkan kepada semua.

Beliau turut membawa laporan daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan.

“Ini kerana saya mahu rakyat terus tidak diperbodohkan dan Chua tidak memperbodohkan dirinya.

“Ini adalah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kami sudah mengutip setiap sen hutang yang ditimbulkan oleh pentadbiran Umno-BN sebelum ini,” katanya.

Selain Faekah, keempat-empat wakil itu terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Mereka meninggalkan majlis itu selepas dihalang untuk berdebat.

Dalam sidang media yang sama di luar dewan International Youth Centre, Tony Pua berkata pihaknya kecewa dengan tindakan MCA itu.

Katanya, hal itu jelas menunjukkan MCA menjemput untuk berdebat adalah sebagai satu alasan politik.

“Chua tidak ikhlas mahu menerangkan isu ini, jika mahu mendengar penerangan kami, kenapa mereka tidak membenarkan kami untuk menerangkan perkara sebenarnya.

“Sebenarnya, beliau (Chua) tidak mahu tahu kebenaran dan beliau juga tidak mahu mendengar laporan daripada KPMG ini. Sedangkan ini merupakan satu platform untuk kedua-dua pihak memberi penjelasan di hadapan semua rakyat,”
katanya

Selain itu, Dr Zulkefly berkata MCA terlepas peluang keemasan untuk membuktikan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersalah.

“Chua boleh bangkitkan isu ini dan beliau juga boleh menidakkan laporan daripada KPMG ini,” katanya.

Bagi William Leong pula, beliau mencabar Chua untuk melantik audit bebas terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC) untuk dibentangkan di sesi parlimen akan datang.

Dalam kekecohan malam ini empat pemuda ditahan polis.

Dipercayai, suspek ditahan polis ketika membuat provokasi.

Mereka ditahan polis selepas senjata jenis belatan jatuh dari tangan suspek ketika berlaku sedikit pergelutan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. -selangorku




8 ulasan:

  1. MCA ni Memang Cari Angkara.
    Sememangnya UMNO itu parti setan.
    Setan yg nmpak & kini komponenya jelas menampakan kenaifan otak penganut2nya & lidah mereka bak lidah biawak.
    Wlu parti Untok Melayu Naif Otak tpi ideologinya kini dh meresapi pd wrga ngra tnpa batas usia & etnik. Suai lah UMNO juga Untok Malysia Naif Otak nya agr rkyt x boleh brfkir scra rsional mana yg Haq & yg Bathil.
    Tiada jln lain selain nyahkan Be End pd PRU 13 nanti...
    Menangkan PR (PAS, DAP & PKR)
    Kita ubah & trunkn malaun2 tu dr tmpuk kuasa sbelum Mysia brtmbh parah.
    Jom pakat2 sokong ABU..

    BalasPadam
  2. Budak ni patut belajar dengan bapak dia macam mana nak tahan lama....kahkahkah

    BalasPadam
  3. MCA memang penakut. Serupa macam UMNO jugak. Hanya berani mengutuk memfitnah kat luar ja. Tapi bila ajak berdebat, macam kura-kura jadinya. Tak berani tunjuk muka. Apa salahnya kalau hantar wakil. Yang pentin wakil tu adalah dpd Kerajaan Negeri. Yang penting wakil tu boleh berhujjah.

    Baru antar wakil pun kecut, sampai tak berani nak bagi naik pentas utk berhujjan apa ke hal ni.....

    Nampak sangat takut..

    BalasPadam
  4. Berani kerana benar takut kerana dusta itu sajalah boleh katakan antara Pakatan rakyat selangor dengan MCA.

    BalasPadam
  5. NAJIB KATA DEBAT BUKAN BUDAYA KITA,TAPI PELAJAR SEKOLAH DAN IPT PUN ADA PERTANDINGAN DEBAT

    BalasPadam
  6. Hmmm...wa mau tanya tp malu meh.

    Anak rumah o anak hotel?

    BalasPadam
  7. Syabas!!! Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Terbukti keempat2 wakil lantikan kerajaan negeri cukup padat, bijak dan mampu menunjukkan autoriti yang tinggi. Inilah teladan pemimpin2 berkebolehan bagi membawa Malaysia maju kehadapan demi masa depan anak2 kita.

    Kerjasama cukup erat, setiap membawa buah masing2, sepakat dan saling membantu.

    Amat berlainan dengan pemimpin BN. Hairan macam mana boleh dipilih jadi Timbalan Menteri.

    Opps...terlupa nak tanya BN, kenapa video iklan "barang baik" Kementrian Kesihatan lakonan bapak Chua Tee Yong menjadi kesalahan serta merta 1Dunia sedangkan tak bising pulak dengan ratusan iklan Celcom video lakonan budak2 Melayu bersekolah yang diagih2kan keserata benua.

    BalasPadam
  8. Datuk Chua Tee Yong patut buat debat bertajuk: Patutkah Pelakun Video Lucah Jadi Presiden MCA?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.